Pengaruh Sosiobudaya Komuniti Jawa Terhadap Terbentuknya Tipologi Dan Morfologi Desa Bandar Di Medan
Loading...
Date
2009
Authors
Marpaung, Beny Octofryana Yousca
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Komuniti etnik Jawa pedesaan pada masa dahulu cenderung berhijrah ke daerah baharu dan membangun kawasan hunian yang berkembang menjadi sebuah petempatan. Penyelidikan ini mengkaji komuniti etnik Jawa yang menempati daerah baharu di bandar Medan, yang pada mulanya merupakan kawasan hutan. Seiring dengan peredaran masa, kelompok manusia yang menghuni di daerah baharu tersebut memiliki sistem sosial dan budaya yang mungkin berbeza atau menyamai keadaan di pedesaan asal mereka.
Kawasan petempatan baru tersebut terbentuk secara spontan. Proses dan komponen penyusunan kawasan petempatan baru tersebut tentunya tidak terlepas daripada masalah sosiobudaya komuniti penghuninya. Hakikatnya, manifestasi fizikal persekitaran binaan yang dibentuk oleh komuniti penghuninya, merupakan manifestasi kehidupan bukan fizikal yang terbentuk dari waktu ke waktu.
Keadaan sosiobudaya komuniti etnik Jawa pedesaan di bandar Medan menawarkan sebuah tantangan penyelidikan tentang pengaruh sosiobudaya dengan manifestasi fizikal kawasan hunian dan petempatan. Manifestasi fizikal tersebut boleh dikenal pasti sebagai tipologi kawasan hunian dan morfologi petempatan desa bandar yang berada dalam penguasaan komuniti etnik Jawa di bandar Medan.
Description
Keywords
Komuniti etnik Jawa yang menempati , daerah baharu di bandar Medan