Penilaian kesesuaian pembinaan kondominium di Kangar, Perlis

Loading...
Thumbnail Image
Date
1999-03
Authors
Jasmi, Mohd. Azad
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Konsep kondominium merupakan satu cara hidup berkelompok. Kehidupan masyarakat di kondominium adalah unik kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan khas untuk para penghuni. Konsep kehidupan penghuni di sini adalah teratur dan terkawal hasil dari persekitaran kondominium yang memberikan keistimewaan dan sistem pengurusan yang lebih memenuhi kehendak penghuni kerana organisasinya ditadbir sendiri oleh mereka. Walau bagaimanapun, konsep kondominium ini masih belum wujud di Kangar Perlis. Dissertasi ini telah cuba untuk mengupas dan mencari faktor-faktor tentang ketidak wujudan kondominium di negeri Perlis serta menilai samada kewujudannya perlu atau tidak dengan melihat kepada maklumat-maklumat daripada satu-satunya pemaju yang cuba membangunkan konsep kondominium ini dan juga data-data prima yang lain dari jabatan-jabatan kerajaan dan swasta yang terlibat secara langsung dalam pembangunan pemmahan di negeri Perlis serta maklumat sekunder daripada kajian-kajian kondominium yang lalu. Terdapat beberapa halangan di dalam mendapatkan data-data ini kerana tidak banyak kajian tentang kondominum yang telah dijalankan di Pedis kerana konsep kehidupan ini masih bam di negara ini. Selain itu, maklumat prima juga amat sukar didapati kerana projek ini masih belum wujud dan masih dalarn perancangan. Kesimpulannya, konsep kehidupan kondominium tidak praktikal dibangunkan di neregi Perlis kerana masyarakat di sini masih tidak maim mengubah corak kehidupan yang mereka jalani selama ini dan faktor harga bukannlah merupakan faktor penghalang tetapi lebih kepacla ketidak sesuaian corak kehidupan kondominium itu sendiri. Namun, jika konsep kondominium ingin dilaksanakan di negeri Perlis, khasnya di bandar Kangar, selera masyarakat di situ perlu dititik beratkan dan konsep kondominium yang cuba diwujudkan perdulah merupakan satu konsep kondorninium yang sesuai dengan aspirasi penduduk tempatan.
Description
Keywords
Kondominium
Citation