Penyingkiran Nutrien Terpilih Daripada Larut Lesapan Tapak Pelupusan Untuk Pertumbuhan Mikroalga
Loading...
Date
2015-05
Authors
CHE SA, SITI NORSYUHAILA
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengkaji toleransi tujuh spesies
mikroalga terhadap larut lesapan daripada tapak pelupusan dan pada masa yang sama,
menentukan keupayaannya menyingkirkan nutrien daripada larut lesapan dan
penggunaan larut lesapan sebagai kultur media alternatif bagi mikroalga. Daripada tujuh
spesies mikroalga yang diuji (Chlorella sp., Nannochloropsis sp., Tetraselmis sp.,
Isochrysis sp., Chaetoceros sp., Pavlova sp. dan Nannocholoropsis sp.I), hanya
Nannochloropsis sp., Nannochloropsis sp. I, Chlorella sp., dan Tetraselmis sp. yang
dapat hidup dan membiak dalam media larut lesapan sementara spesies yang lain
(Isochrysis sp., Chaetoceros sp. and Pavlova sp.) tidak dapat hidup dalam larut lesapan.
Walau bagaimanapun, hanya Chlorella sp., Nannochloropsis sp. dan Nannochloropsis
sp. I sahaja yang boleh hidup dalam kesemua kepekatan larut lesapan yang diuji (1%,
3%, 5% dan 10%) berbanding spesies yang lain. Pertumbuhan Chlorella sp. dan
Nannochloropsis sp. adalah paling tinggi pada larut lesapan 5% diikuti 10% dan 15%.
Kadar penyingkiran NH4
+, PO4
2- dan COD oleh Chlorella sp. dan Nannochloropsis sp.
adalah paling tinggi pada larut lesapan 5% berbanding larut lesapan 10% dan 15%.
Untuk larut lesapan 5%, Chlorella sp. menyingkirkan sebanyak 86% NH4
+ dalam
masa 12 hari, manakala Nannochloropsis sp. hanya menyingkirkan sebanyak 54%
NH4
+ dalam masa yang sama. Ini menunjukkan bahawa Chlorella sp. merupakan spesies
yang paling sesuai untuk menyingkirkan NH4
+ daripada larut lesapan. Kadar
pertumbuhan Chlorella sp. dan Nannochloropsis sp. yang paling tinggi adalah pada
saliniti 20 ppt dalam kesemua kultur media berbanding saliniti 10 dan 30 ppt, manakala,
kadar pertumbuhan Nannochloropsis sp. I adalah paling tinggi pada saliniti 20 ppt
untuk media larut lesapan 1% dan paling rendah dalam saliniti 30 ppt untuk kesemua
kultur media. Dalam kajian menentukan kepadatan sel awal yang terbaik untuk
pertumbuhan, kepadatan 3x106 sel/ml (tinggi) menghasilkan kepadatan sel yang paling
tinggi untuk ketiga-tiga spesies (Chlorella sp., Nannochloropsis sp., dan
Nannochloropsis sp. I) berbanding jumlah kepadatan sel awal 0.5 x 106 sel/ml (rendah)
dan 1 x 106 sel/ml (sederhana). Pertumbuhan Nannochloropsis sp. I pula didapati lebih
tinggi dalam ketiga-tiga kepekatan larut lesapan (1%, 3% dan 5%) untuk kesemua
kepadatan sel awal berbanding media Walne. Ini menunjukkan bahawa,
Nannochloropsis sp. I lebih sesuai untuk hidup dalam larut lesapan berbanding media
Walne. Secara keseluruhan, kajian ini menunjukkan bahawa, hanya spesies mikroalga
tertentu sahaja (Chlorella sp., Nannochloropsis sp., dan Nannochloropsis sp. I) yang
mampu hidup dan menyingkirkan NH4
+, PO4
2- dan COD dalam larut lesapan. Selain
itu, larutan lesapan dari tapak pelupusan sampah mempunyai potensi untuk digunakan
sebagai kultur media bagi sesetengah spesies mikroalga seperti Chlorella sp.,
Nannochloropsis sp. dan Nannochloropsis sp. I yang didapati merupakan spesies
mikroalga yang paling sesuai dikultur di dalam media ini.
Description
Keywords
Penyingkiran Nutrien Terpilih Daripada Larut Lesapan Tapak Pelupusan , Untuk Pertumbuhan Mikroalga