Analisis kedap bagi proses elektropenyaduran dengan menggunakan kaedah unsur terhingga
Loading...
Date
2001-03
Authors
Boon Hoo, Tan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Elektroenapan atau elektropenyaduran memainkan peranan yang amat penting
dalam penghasilan bingkai pendulu. Ketepatan kawasan yang disadur bergantung kuat
kepada kedap elektropenyaduran. Tesis ini memperihalkan suatu pendekatan alternatif
bagi reka bentuk kedap jitu dengan menggunakan kaedah unsur terhingga untuk
memahami pembentukan celah, perubahan dimensi dan geometri bawah keadaan
operasi.Unsur hiperelastik dan sentuk digunakan untuk menentukan ubah bentuk
kedap, kawasan sentuh antara muka, dan khasnya geometri' celah, yang mana dapat
dikaitkan kepada masalah dalam proses elektropenyadaduran. Untuk memodelkan getah
yang digunakan dalam proses elektropenyaduran, suatu eksperimen telah dijalankan
untuk menentukan hubungan tegasan-regangan. Dengan menggunakan teknik
pemadanan data, pemalar bagi model juzuk elastomer ditentukan dengan memadankan
keputusan eksperimen kepada persamaan model juzuk. Pemalar bahan ini kemudiannya
digunakan untuk memodelkan kelakuan bahan gedh dalam pelbagai model unsur
terhingga. Parameter yang dikaji adalah pembentukan celah, kesan geometri kedap dan
pad tekanan terhadap saiz celah, dan ubah bentuk keseluruhan ke dap , dimensi pad
tekanan & bingkai pendulu. Keputusan analisis menunjukkan bahawa celah tidak
mungkin dapat dihapuskan. Walaubagaimana pun, dengan rekabentuk yang sesuai pada
kedap dan pad tekanan, saiz celah ini dapat dirninimumkan. Model lengkap proses
elektropenyaduran menunjukkan celah wujud dalam bentuk satu salur terbuka, dengan
hujung terbukanya bersambung dengan elektrolit. Dengan mempertimbangkan prinsip
hidrostatik, resipan dapat dikaitkan dengan saiz celah. Resipan dapat ditunjukkan
sebagai suatu fungsi songsangan diameter celah, yang mana bagi celah yang lebih kecil,
kemungkinan berlaku resipan adalah lebih rendah.
Description
Keywords
Kejuruteraan Makanik , Elektropenyaduran