Analisis kedap bagi proses elektropenyaduran dengan menggunakan kaedah unsur terhingga

dc.contributor.authorBoon Hoo, Tan
dc.date.accessioned2016-09-05T01:58:08Z
dc.date.available2016-09-05T01:58:08Z
dc.date.issued2001-03
dc.description.abstractElektroenapan atau elektropenyaduran memainkan peranan yang amat penting dalam penghasilan bingkai pendulu. Ketepatan kawasan yang disadur bergantung kuat kepada kedap elektropenyaduran. Tesis ini memperihalkan suatu pendekatan alternatif bagi reka bentuk kedap jitu dengan menggunakan kaedah unsur terhingga untuk memahami pembentukan celah, perubahan dimensi dan geometri bawah keadaan operasi.Unsur hiperelastik dan sentuk digunakan untuk menentukan ubah bentuk kedap, kawasan sentuh antara muka, dan khasnya geometri' celah, yang mana dapat dikaitkan kepada masalah dalam proses elektropenyadaduran. Untuk memodelkan getah yang digunakan dalam proses elektropenyaduran, suatu eksperimen telah dijalankan untuk menentukan hubungan tegasan-regangan. Dengan menggunakan teknik pemadanan data, pemalar bagi model juzuk elastomer ditentukan dengan memadankan keputusan eksperimen kepada persamaan model juzuk. Pemalar bahan ini kemudiannya digunakan untuk memodelkan kelakuan bahan gedh dalam pelbagai model unsur terhingga. Parameter yang dikaji adalah pembentukan celah, kesan geometri kedap dan pad tekanan terhadap saiz celah, dan ubah bentuk keseluruhan ke dap , dimensi pad tekanan & bingkai pendulu. Keputusan analisis menunjukkan bahawa celah tidak mungkin dapat dihapuskan. Walaubagaimana pun, dengan rekabentuk yang sesuai pada kedap dan pad tekanan, saiz celah ini dapat dirninimumkan. Model lengkap proses elektropenyaduran menunjukkan celah wujud dalam bentuk satu salur terbuka, dengan hujung terbukanya bersambung dengan elektrolit. Dengan mempertimbangkan prinsip hidrostatik, resipan dapat dikaitkan dengan saiz celah. Resipan dapat ditunjukkan sebagai suatu fungsi songsangan diameter celah, yang mana bagi celah yang lebih kecil, kemungkinan berlaku resipan adalah lebih rendah.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2439
dc.subjectKejuruteraan Makaniken_US
dc.subjectElektropenyaduranen_US
dc.titleAnalisis kedap bagi proses elektropenyaduran dengan menggunakan kaedah unsur terhinggaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
TEE BOON HOO.pdf
Size:
6.13 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: