Kesan Pengajaran Menggunakan Modul Konkrit, Gambar, Abstrak (KGA) Terhadap Pencapaian Dan Pengekalan Pencapaian Murid Tahun Empat SJKC Dalam Pecahan

dc.contributor.authorCheow, Jack Shiung @ Tony
dc.date.accessioned2019-09-04T06:40:22Z
dc.date.available2019-09-04T06:40:22Z
dc.date.issued2017-07
dc.description.abstractDalam mata pelajaran matematik, topik pecahan merupakan salah satu topik yang penting. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi penekanan kepada topik pecahan dalam KSSR di mana topik pecahan mula didedahkan kepada murid bermula dari Tahun Satu. Walau bagaimanapun, ramai murid di sekolah rendah masih menghadapi masalah dalam topik pecahan. Jadi, objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan modul konkrit, gambar dan abstrak (KGA) terhadap pencapaian dan pengekalan pencapaian murid Tahun Empat SJKC dalam topik pecahan. Kajian ini juga mengkaji persepsi murid SJKC terhadap pembelajaran pecahan menggunakan modul KGA. Seramai 146 orang murid dari dua buah sekolah SJKC di Kota Kinabalu, Sabah dipilih menyertai kajian ini. Murid-murid tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen terdiri daripada 77 orang murid manakala kumpulan kawalan terdiri daripada 69 orang murid. Murid-murid dalam kumpulan eksperimen menggunakan kaedah modul KGA manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah konvensional. Sebelum permulaan pengajaran, kedua-dua kumpulan diberi praujian. Selepas tamat tempoh dua minggu pengajaran, murid-murid dari kedua-dua kumpulan diberi pascaujian. Ujian pengekalan diberi kepada kedua-dua kumpulan selepas dua minggu tarikh pascaujian diberi. Keputusan praujian, pascaujian, ujian pengekalan dan borang soal selidik digunakan untuk mengumpul data kuantitatif.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8792
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKesan pengajaran menggunakan modul konkriten_US
dc.subjectmurid tahun empat SJKC dalam pecahanen_US
dc.titleKesan Pengajaran Menggunakan Modul Konkrit, Gambar, Abstrak (KGA) Terhadap Pencapaian Dan Pengekalan Pencapaian Murid Tahun Empat SJKC Dalam Pecahanen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: