Analisis Ciri-Ciri Lapisan Endapan Tasik Ladam: Kajian Kes Sungai Muda, Kedah

dc.contributor.authorMohd Sani, Siti Fadzilatulhusni
dc.date.accessioned2020-06-11T02:22:32Z
dc.date.available2020-06-11T02:22:32Z
dc.date.issued2014-01
dc.description.abstractKajian ini meninjau kesan pelbagai proses hidrologi ke atas ciri lapisan sedimen di dalam dataran banjir dan melihat hubungkait kimia dengan proses paleohidrologi. Dua buah tapak tasik ladam di Sungai Muda telah dipilih untuk kajian ini iaitu di Merbau Pulas dan Ekor Kucing. Hasil kajian menunjukkan bahawa nilai purata pH 24 jam adalah 3.87 bagi stesen Ekor Kucing dan 4.00 bagi stesen Merbau Pulas. Nilai purata kandungan bahan organik adalah 2.13% dan 4.55% masing-masing bagi stesen Ekor Kucing dan Merbau Pulas. Struktur tanah di kedua-dua lokasi adalah lom berpasir dengan purata ketumpatan pukalnya ialah 0.96 g/cm3 (Ekor Kucing) dan 0.20 g/cm3 (Merbau Pulas). Purata kerentanan magnetik sampel ialah 0.054 CGS dan 0.02 CGS masing-masing bagi stesen Ekor Kucing dan Merbau Pulas. Purata kebolehubahan kalium di Ekor Kucing adalah 1.37 mg/g dan 0.93 mg/g di Merbau Pulas. Purata kandungan nitrat-nitrogen dalam Ekor Kucing adalah 0.68 mg/g dan 0.83 mg/g di Merbau Pulas. Purata kandungan fosfat-fosforus di Ekor Kucing dan Merbau Pulas masing-masing adalah 0.41 mg/g dan 0.77 mg/g. Jumlah kandungan fosforus di Ekor Kucing adalah 2.54 mg/g dan Merbau Pulas adalah 2.79 mg/g. Kadar pemendapan di tasik ladam Sungai Muda adalah 0.08 cm/tahun untuk sebelum tahun 1900 dan meningkat kepada 3.51 cm/tahun untuk tempoh masa selepas tahun 2000. Kesimpulannya, setiap ciri lapisan sedimen adalah saling mempengaruhi antara satu sama lain dan ia turut dipengaruhi oleh fenomena banjir lampau dan pemendapan sedimen.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/9676
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectEndapan Tasik Ladamen_US
dc.subjectSungai Mudaen_US
dc.titleAnalisis Ciri-Ciri Lapisan Endapan Tasik Ladam: Kajian Kes Sungai Muda, Kedahen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: