Pengajian Hadith Di Masjid-Masjid Sebagai Institusi Pendidikan Di Daerah Kota Setar, Kedah

dc.contributor.authorWahab, Mohammad Akhir
dc.date.accessioned2018-01-16T07:32:54Z
dc.date.available2018-01-16T07:32:54Z
dc.date.issued2017-08
dc.description.abstractSecara umumnya, kajian ini berkaitan dengan penyelidikan terhadap kedudukan pengajian hadith di masjid-masjid di Negeri Kedah. Secara spesifiknya, kajian ini difokuskan pada pelaksanaan kuliah hadith di masjid-masjid di Daerah Kota Setar. Pengajian di masjid pada hari ini kurang memberikan keutamaan kepada pengajian hadith dan sambutan terhadapnya juga kurang memberangsangkan berbanding dengan bidang-bidang pengajian Islam yang lain. Selain itu, beberapa masalah dikenal pasti sebagai faktor kajian ini perlu dilakukan, antaranya melibatkan disiplin pengajian hadith seperti isu autoriti kitab hadith yang mengandungi riwayat-riwayat yang tidak sahih dan palsu, kelayakan tenaga pengajar dan kualiti penyampaian dan pengajaran. Tiga objektif disasarkan iaitu mengkaji pengajian hadith di masjid pada zaman awal Islam, mengkaji kedudukan pengajian hadith di masjid-masjid di Negeri Kedah dan mengkaji pelaksanaan pengajian hadith di masjid-masjid di Daerah Kota Setar. Bagi mencapai objektif utama dalam bab empat, tumpuan diberikan kepada kajian penawaran dan kekerapan pengajian hadith di masjid, teks yang digunakan, tenaga pengajar, pelajar dan metodologi pengajaran. Kajian ini berbentuk kualitatif. Metode pengumpulan data dilakukan menerusi kaedah kepustakaan dan lapangan, manakala metode penganalisisan data dilaksanakan menerusi kaedah induktif, deduktif, komparatif dan beberapa kaedah lain seperti transkripsi dan interpretasi data. Hasil kajian menunjukkan antara kaedah utama yang Rasulullah aplikasikan dalam pengajaran adalah pengulangan fakta dan penyoalan. Kajian kuliah hadith di masjid-masjid di Negeri Kedah pula menunjukkan statusnya berbeza bergantung pada keutamaan yang diberikan terhadap pengajian ini atau sebaliknya. Kajian juga merumuskan majoriti masjid di Daerah Kota Setar menawarkan kuliah hadith. Teks pengajian yang bersumberkan kitab Riyad al-Salihin didapati menjadi pilihan utama di samping kitab-kitab lain seperti Mastika Hadith dan Tajzib Atraf al-Hadith. Bagi kitab syarah, Dalil al-Falihin dan Fath al-Bari menjadi dua buah kitab yang kerap dirujuk. Kajian tentang metodologi pengajaran menunjukkan langkah-langkah yang menjadi kelaziman dalam pengajaran hadith ialah bacaan hadith, terjemahan hadith dan syarah hadith, manakala kaedah paling popular yang diaplikasikan ialah penerangan, percontohan, penyoalan, pengulangan dan gabung jalin. Sambutan terhadap kuliah hadith di masjid-masjid di lokasi bandar lebih menggalakkan berbanding di luar bandar dan majoriti mereka dalam kategori pendengar ilmu.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5402
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKedudukan pengajian hadithen_US
dc.subjectdi masjid-masjid di Negeri Kedahen_US
dc.titlePengajian Hadith Di Masjid-Masjid Sebagai Institusi Pendidikan Di Daerah Kota Setar, Kedahen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: