Program Pemuliharaan Dan Dilema Pemilik Bangunan Warisan

dc.contributor.authorCHEE HONG, CHEONG
dc.date.accessioned2016-08-02T07:35:49Z
dc.date.available2016-08-02T07:35:49Z
dc.date.issued2001-03
dc.description.abstractPotensi ekonomi dalam pemuliharaan warisan mulai disedari dan telah diberi tumpuan oleh pihak kerajaan sejak kebelakangan ini. Dengan penguatkuasaan perundangan pemuliharaan yang ketat bermakna kepentingan pemilik-pemilik bangunan warisan telah dihadkan demi mencapm pulangan optimum daripada pelaburan mereka untuk membina bangunan pencakar langit. Dilema pemilik-pemilik ini yang bertentangan dengan program pemuliharaan telah menyukar dan melambatkan usaha-usaha pihak kerajaan dalam memelihara sesebuah bandar. Oleh itu, kajian ini cuba mengkaji keberkesanan amalan dan perundangan dalam pemuliharaan bandar, impak-impak yang dihasilkan untuk melaksanakan program pemuliharaan serta cara mengimbangkan kepentingan pemuliharaan dan pemilik bangunan warisan supaya mencapai keadaan menang-menang pada kedua-dua pihak. Kajian ini dimulakan dengan pengenalpastian kenyataan masalah, objektif, matlamat dan skop kajian diikuti dengan pengenalan falsafah pemuliharaan. Kajian disusuli dengan peninjauan perkembangan pemuliharaan di Malaysia dari aspek amalan dan perundangan. Kemudian kajian memberi fokus kepada program pemuliharaan di Lebuh Campbell / Lebuh Buckingham di Pulau Pinang dengan meneliti kelebihan dan kelemahan program ini serta sambutan pemilik-pemilik bangunan warisan. Kajian ini diakhiri dengan mengutarakan implikasi-implikasi program pemuliharaan terhadap pemilik-pemilik bangunan warisan, cadangan-cadangan mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut serta rumusan secara keseluruhan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2327
dc.subjectProgram Pemuliharaan Dan Dilemaen_US
dc.subjectPemilik Bangunan Warisanen_US
dc.titleProgram Pemuliharaan Dan Dilema Pemilik Bangunan Warisanen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: