Kesan Penggunaan Garam Ammonium Kuaterner Di Dalam Getah Terisi Hitam Karbon Dan Silika
Loading...
Date
2001-01
Authors
Ahmad, Zulkifli
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kehadiran suatu aditif yang boleh mempamerkan kepelbagaian fungsi akan meningkatkan
keefisienan percampuran getah serta mengurangkan kos pengeluaran. Dalam kajian ini satu
aditif berbentuk garam ammonIum kuaterner iaitu cetiltrimetilammonium
maleate CTMAM) telah disintesiskan untuk dikaji kesannya terhadap ciri pemprosesan dan
sifat mekanik vulkanisat getab asli dan sintetik polikloropena. Kesan pengisi hitam karbon
dan silika dengan kehadiran aditif ini juga dikaji termasuk tahap taburan pengisi tersebut
ke dalam matrik getah.
Kajian menunjukkan aditif ini mengurangkan masa skorj dengan ketara serta
menaikkan kadar pemvulkanan dan ketumpatan sambung-silang. Perubahan ketara berlaku
pada kepekatan aditif 1 - 2 bsg dengan nilai yang optimum diikuti penurunan atau
mendatar. Tenaga pengaktifan meningkat selari dengan kepekatan CTMAM yang
ditambah. Penggunaan perencat PVI mampu melengahkan mas a skorj yang pendek tanpa
menjejaskan pemprosesan atau sifat mekanik vulkanisat. Sifat mekan* juga didapati
~, . . -
meningkat setelah penambahan aditif ini seperti modulus 100 dan 300, kekuatan tensil,
kekuatan cabikan, hayat fatig, kekerasan, dan resiliens. Sifat-sifat ini juga menunjukkan
pencapaian optimum pada kepekatan aditif 1 - 2 bsg.
Didapati aditif ini terlibat dalam mencetuskan proses pembentukan
sambung-silang sistem getah asli tanpa penggunaan CBS sebagai pemecut dan ZnO/asid
stearik sebagai sistem pengaktif. Malah diperhatikan ZnO dan asid stearik memberikan
kesan perencatan samada terhadap pemprosesan atau sifat mekanik vulkanisat. Dalam
sistem getah sintetik polikloroprena pula aditif ini mampu berfungsi sebagai agen
sambung-silang tanpa memerlukan kehadiran pemecut ETU dan sistem pengaktif
ZnO/MgO/asid stearik. Vulkanisat getah yang terhasil memberikan ciri pemprosesan dan
sifat mekanik yang setanding dengan vulkanisat kawalan. Aditif ini juga didapati
meningkatkan taburan hitam karbon dan silika ke dalam matrik getah seterusnya
memberikan sifat pengukuhan kepada vulkanisat.
Description
Keywords
Kesan Penggunaan Garam , Dalam Getah Terisi Hitam Karbon