Kesan sistem pejalan kaki ke atas sosio-ekonomi bandar : kajian kes Dataran Majlis Perbandaran Kota Bharu (DMPKB), Kota Bharu

Loading...
Thumbnail Image
Date
2001-02
Authors
Umar, Mohd Umzarulazijo
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Bandar Kota Bharu mempunyai keistimewaanya yang tersendiri dalam mengharungi arus pembangunan kini. Bandar ini membangun dengan berbekalkan nilai-nilai estetika serta aktiviti ekonominya yang serderhana. Namun sejak akhir-akhir ini bandar Kota Bharu telah mengalami pembangunan dengan pesatnya ekoran daripada pertambahan aktiviti ekonominya terutama dalam aspek pelancongan dan perniagaan. Namun begitu terdapat masalah yang menjadi penghalang kepada aktiviti pembangunan yang dirancang. Masalah ini wujud dalam konteks ruang yang terhad. lni merujuk kepada ruang bandar yang agak sempit. Keadaan ini secara tidak langsung memberi kesan terhadap aspek pengangkutan yang juga merupakan salah satu fungsi penting dalam menjana aktiviti pembangunan. dibandar Kota Bharu. Oleh itu dalam menangani permasalahan ini, langkahlangkah awal telah dijalankan oleh Pihak Berkuasa Negeri iaitu dengan membuat beberapa dasar dan polisi yang menekankan kepada peraturan kenderaan di pusat bandar. Salah satu matlamat dasar serta polisi ini ialah meminimumkan kenderaan di dalam bandar bagi mengelakkan kesesakan yang boleh menghalang perlaksanaan aktiviti-aktiviti sosio-ekonomi .. Ekoran daripada itu ruang pejalan kaki telah diwujudkan dengan memisahkan kenderaan bermotor dengan pejalan kaki. Keadaan ini secara tidak langsung akan merancakkan lagi aktiviti pembangunan di bandar Kota Bharu sekaligus menjadikan kawasan ruang pejalan kaki sebagai tumpuan orang ramai dalam menjalankan aktiviti ekonomi mereka. Malah kewujudan Dataran Majlis Perbandaran Kota Bharu yang berperanan sebagai pusat segala aktiviti ekonomi di samping menyediakan kawasan rekreasi kepada pengunjung, mengalakan lagi pertumbuhan pembangunnan di bandar Kota Bharu. Secara keseluruhannya, penyelidikan ini bertujuan untuk melihat serta mengkaji fungsi ruang pejalan kaki dalam menyumbang ke arah pembangunan sosio-ekonomi bandar Kota Bharu.
Description
Keywords
City planning
Citation