Kajian Sistem Pengurusan Penyelenggaraan Bangunan Kampung Siswa ,Politeknik Sultan Haji Ahmad Sh.Ili Kuantan, Pahang Darul Makmur
Loading...
Date
2001
Authors
Mohd Yusof, Sha'amry
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Selama ini aspek penyelenggaraan bangunan dianggap sebagai perkara yang tidak
penting. Namun sejak akhir-akhir ini ia semakin mendapat perhatian akibat
kesedaran pengguna mengenai kepentingan menentukan bahawa sesebuah bangunan
itu ekonomi) selamat ) sihat dan selesa diduduki.
Penyelesaian masalah pengurusan dan teknikal dalam penyenggaraan bangunan
memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi dimana bagi menguruskan
penyenggaraan bangUnan secara efektif) lanya memerlukan pengurusan
penyenggaraan bangunan yang cekap dan berkesan
Setiap bangunan yang telah lama dibina memerlukan penyenggaraan bangunan yang
...
berterusan . Secara amnya ,penyenggaraan bangunan di kamsis Polisas dilakukan
oleh Bahagian Pembangunan Dan Senggaraan . Bangunan yang kerap mengalami
kerosakan adalah kampung siswa (kamsis) yang disebabkan oleh penggunaannya
yang terlalu aktif .
Pengurusan penyelenggaraan kamsis Polisas masih perlu ditingkatkan mutu dan
kualiti nya dari masa ke semasa bagi membaik pulih pre stasi penyenggaraannya.
Kelemahan yang dikesani perlu diatasi segera bagi meningkatkan tahap
pengurusan penyenggaraan bangunan tersebut .Kelemahan yang tidak diatasi boleh
menyebabkan tahap penyenggaraan terus tidak berkembang dan besar kemungkinan
akan merosot kerana tidak memenuhi tuntutan perkhidmatan penyenggaraan semasa
yang semakin menitik beratkan keselesaan dan keselamatan kepada penghuninya.
Kamsis pelajar dipilih untuk lokasi kajian khususnya mengenai pengurusan
penyenggaraan bangunan serta masalahnya. Kajian dijalankan dengan menggunakan
pemerhatia~temuduga dan soal selidik. Temuduga dijalankan di antara personel
yang terdiri daripada penghuni asrama , kakitangan Pejabat kamsis serta kakitangan
Bahagian Pembangunan Dan Senggaraan . Responden dibahagikan kepada
penghuni dan kakitangan kamsis seperti pelajar , kakitangan kamsis pelajar serta
pihak kakitangan Bahagian Pembangunan dan Senggaraan dimana soal selidik yang
berlainan diedar kepada mereka secara rawak.
Description
Keywords
kesedaran pengguna mengenai kepentingan menentukan bahawa , sesebuah bangunan itu ekonomi) selamat ) sihat dan selesa diduduki.