Projek Turnkey / Design Build: Peranan, Tanggungjawab & Liabiliti Arkitek Dalam Pengurusan Senibina & Pembinaan

dc.contributor.authorABDUL RAHIM, ANUAR RIZAL
dc.date.accessioned2016-08-11T04:17:35Z
dc.date.available2016-08-11T04:17:35Z
dc.date.issued1999-02
dc.description.abstractBanyak telah diperkatakan berhubung ketrampilan sistem perolehan turnkey dari idealisma integrasi rekabentuk dan pembinaan; juga berhubung isu-isu kritikal yang mempengaruhi idealisma khidmat arkitek sebagai perekabentuk, pentadbir kontrak, dan agen penimbangtara bebas. Kajian ini telah dijalankan untuk: mengupas sifat-sifat sistem perolehan turnkey, mendepani kesannya keatas liabiliti profesional dan tugas kontraktual dipihak arkitek, atau secara khususnya, arkitek koritraktor. Kaedah penyelidikkan adalah penggabungan kajian literatur dan kajian kes; secara keseluruhannya kearah pentaksiran aspek-aspek falsafah turnkey, kaedah implementasi dan kedudukkan arkitek, terma-terma reI evan intipati kontrak, serta penstrukturan organisasi dan implementasi sebenar empat kes terpilih. Secara hipotetikal, telah diperkatakan bahawa wujud risiko-risiko yang memudaratkan tanggungan liabiliti profesional arkitek, bilamana tanpa kefahaman kepada falsafah sebenar sistem perolehan ini, ianya dapat membawa irnpak yang negatifkepada kedudukkan arkitek di dalam kontrak. Kajian telah menjelaskan tahaptahap tertentu risiko konflik pada maksud dan pembezaan aspek 'kuasa'; tugas merekabentuk, mentadbir kontrak dan menyelia pembinaan; serta tanggungjawab perakuan profesional dan kontraktual dipihak arkitek dan Agen Klien. Telah juga diperkatakan bahawa arkitek, di daIam kehilangan autonomi dan kuasa untuk menerajui dan mentadbir, masih terikat kepada tanggungjawab kecermatan dan kesungguhan yang munasabah keatas penguatkuasaan kawalan, merujuk kepada tanggungjawab profesional dan perundangan kepada Klien dan awam. Tatacara pengurangan risiko ,yang tersirat ini adalah sepenubnya dituntut dengan penegasan profesionalisma kepada arkitek di dalam menghadapi tekanan dari pelbagai pihak.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2408
dc.subjectProjek Turnkey / Design Builden_US
dc.subjectPeranan, Tanggungjawab & Liabiliti Arkitek Dalam Pengurusan Senibina & Pembinaanen_US
dc.titleProjek Turnkey / Design Build: Peranan, Tanggungjawab & Liabiliti Arkitek Dalam Pengurusan Senibina & Pembinaanen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: