Kesan Penggunaan Pangkalan Data Gis Atas Talian Secara Induktif Bersama Perancahan Rakan Sebaya Terhadap Taakulan Saintifik, Motivasi Dan Penglibatan Pelajar Dalam Geografi Tingkatan Empat
dc.contributor.author | Hamid, Hamizul | |
dc.date.accessioned | 2017-02-13T00:54:11Z | |
dc.date.available | 2017-02-13T00:54:11Z | |
dc.date.issued | 2015-10 | |
dc.description.abstract | Tujuan kajian ini ialah mengkaji kesan-kesan penggunaan pelbagai pangkalan data GIS atas talian secara induktif bersama perancahan rakan sebaya terhadap kemahiran-kemahiran taakulan Empirical-Inductive (EI) dan Hypothetico-Deductive (HD), motivasi, dan penglibatan pembelajaran konstruktivis pelajar dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat dalam subjek Geografi. Kajian ini menggunakan rekabentuk faktorial kuasi-eksperimen 2 x 2 dengan ujian pasca. Faktor pertama ialah kaedah pengajaran iaitu penggunaan pelbagai pangkalan data GIS atas talian secara induktif dengan Kaedah Perancahan Rakan Sebaya (KPRS) dan Kaedah Individu (KI), manakala faktor kedua ialah pembolehubah moderator iaitu jantina. Pembolehubah bersandar kajian ini ialah pemikiran saintifik dalam konteks geografi dalam bentuk kemahiran-kemahiran taakulan Empirical-Inductive (EI) dan Hypothetico-Deductive (HD) yang diukur menggunakan Ujian Taakulan Saintifik Geografi (UTSG) yang dibina oleh penyelidik, motivasi menggunakan kaedah pengajaran yang diukur menggunakan Instructional Materials Motivation Survey (Keller, 1986), dan penglibatan pelajar yang diukur menggunakan Constructivist Learning Environment Survey (CLES). Ujian Group Assessment of Logical Thinking (GALT) telah ditadbir sebelum kajian dijalankan bagi mengukur tahap kemahiran taakulan pelajar dan hanya para pelajar yang mencapai skor minimum 5 daripada 12 dan ke atas dipilih untuk kajian ini. 188 pelajar Tingkatan Empat dari lapan sekolah harian di Pulau Pinang yang mengambil subjek Geografi telah dipilih untuk menyertai kajian ini. Kelas-kelas sedia ada telah digunakan dan telah diagihkan kepada kumpulan-kumpulan mengikut skor GALT. Secara keseluruhan 98 pelajar dari sekolah dan kelas berbeza telah terpilih menyertai kumpulan KPRS manakala 90 orang pelajar lagi juga dari sekolah dan kelas berasingan tergolong dalam kumpulan KI. Data untuk kemahiran taakulan telah dianalisis secara Analisis Kovarians (ANCOVA) kerana terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor Ujian GALT mengikut skor kumpulan rawatan, manakala data motivasi dan penglibatan pelajar telah dianalisis secara ANOVA. Kajian ini mendapati bahawa kumpulan KPRS telah memperoleh prestasi yang lebih tinggi secara signifikan bagi taakulan EI dan HD dengan kesan saiz tiap satu berada pada 23% dan 40%, dan juga lebih tinggi secara signifikan untuk skor penglibatan dalam pembelajaran. Walau bagaimana pun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam motivasi pembelajaran pelajar. Analisis mengikut kaedah dan jantina juga tidak melaporkan sebarang perbezaan yang signifikan bagi prestasi taakulan EI and HD mengikut jantina antara kumpulan KPRS dan kumpulan KI. Ujian kesan interaksi juga tidak melaporkan kesan yang signifikan antara kaedah dan jantina untuk taakulan-taakulan EI and HD. Dapatan-dapatan ini menunjukkan bahawa kaedah pengajaran menggunakan pangkalan data GIS atas talian secara induktif bersama KPRS berkesan dalam meningkatkan prestasi taakulan EI dan HD secara setara mengikut jantina di samping meningkatkan tahap penglibatan pembelajaran para pelajar. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/3705 | |
dc.language.iso | en | en_US |
dc.subject | pembelajaran konstruktivis | en_US |
dc.title | Kesan Penggunaan Pangkalan Data Gis Atas Talian Secara Induktif Bersama Perancahan Rakan Sebaya Terhadap Taakulan Saintifik, Motivasi Dan Penglibatan Pelajar Dalam Geografi Tingkatan Empat | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: