Kemampuan Dan Kepuasan Penyewa Di Perumahan Awam Dan Kaitannya Dengan Tunggakan Sewa
Loading...
Date
2011-05
Authors
Salleh, Nor Aini
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Seringkali apabila tunggakan sewa berlaku ianya dikaitkan dengan masalah
kemampuan yang dihadapi penyewa dan juga disebabkan faktor pengurusan yang
lemah. Ada pula yang mengatakan bahawa tunggakan sewa yang berlaku adalah
disebabkan faktor kepuasan terhadap perumahan yang rendah. Bagi merungkai
kepada permasalahan ini beberapa objektif telah dibentuk: 1) mengkaji punca-punca
yang menyebabkan berlakunya tunggakan sewa; 2) mengkaji hubungan faktor
kemampuan dan kaitannya dengan tunggakan sewa; 3a) mengkaji hubungan faktor
kepuasan terhadap perumahan dan kaitannya dengan tunggakan sewa dan 3b)
mengkaji perbezaan kepuasan terhadap perumahan antara penyewa yang tidak
mempunyai tunggakan sewa dengan penyewa yang mempunyai tunggakan sewa.
Pemungutan data dilakukan menerusi pengedaran soalan kaji-selidik, temubual
secara semi-struktur dan menerusi bengkel yang dianjurkan oleh pihak MBI. Data
dianalisis menggunakan analisis kuantitatif dan analisis kualitatif. Penemuan pertama
mendapati punca utama tunggakan sewa yang berlaku di kalangan penyewa
disebabkan oleh faktor sikap penyewa yang tidak meletakkan keutamaan terhadap
pembayaran sewa. Penemuan kedua mendapati faktor kemampuan mempunyai
hubungan dengan tunggakan sewa, walaubagaimanapun hanya pemboleh ubah kaum
yang menunjukkan hubungan yang signifikan. Penemuan ketiga kajian mendapati
faktor kepuasan penyewa juga mempunyai hubungan dengan tunggakan sewa yang
berlaku. Penemuan terakhir kajian mendapati ujian Levene’s yang dijalankan
menunjukkan kesamaan varians antara dua kumpulan penyewa.
Description
Keywords
Kemampuan dan kepuasan penyewa di perumahan awam , dan kaitannya dengan tunggakan sewa