Kebimbangan Dan Persediaan Amalan Profesional Dalam Kalangan Pelajar Program Kerja Sosial (PKS) Sebelum Menjalani Latihan Praktikum

Loading...
Thumbnail Image
Date
2019-12
Authors
Azlinda Sulaiman
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Persediaan amalan profesional dan kebimbangan dalam kalangan pelajar PKS sebelum menjalani latihan praktikum amat penting untuk dikenal pasti bagi memastikan proses pembelajaran di lapangan berjalan dengan lancar. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap persediaan amalan profesional dan tahap kebimbangan, perbezaan tahap kebimbangan berdasarkan kepada faktor-faktor demografi, hubungan persediaan amalan profesional dengan kebimbangan, kesan pembolehubah bebas terhadap kebimbangan serta pengaruh persediaan amalan profesional ke atas kebimbangan pelajar PKS sebelum menjalani latihan praktikum. Kajian kuantitatif ini melibatkan 210 orang pelajar PKS daripada tiga buah universiti terpilih iaitu pelajar daripada UA1, UA2 dan UA3. Penyelidik membina sendiri instrumen bagi kajian ini.
Description
Keywords
Kebimbangan Dan Persediaan Amalan Profesional , Program Kerja Sosial (PKS) Sebelum Menjalani Latihan Praktikum
Citation