Faktor Risiko Dan Bentuk Tingkah Laku Agresif Mat Motor Dan Mat Rempit Di Pulau Pinang, Malaysia

dc.contributor.authorHussin, Zalmizy
dc.date.accessioned2018-01-16T07:45:52Z
dc.date.available2018-01-16T07:45:52Z
dc.date.issued2017-08
dc.description.abstractKajian ini meneliti tingkah laku agresif dalam kalangan Mat Motor dan Mat Rempit di Pulau Pinang, Malaysia. Dalam kajian ini, Mat Motor telah didefinisikan sebagai “individu yang menyertai konvoi bersama kumpulan geng jalanan lain dan biasanya menjadi penonton sahaja”. Manakala, Mat Rempit pula ialah “individu yang menyertai perlumbaan haram yang menggunakan motosikal berkuasa kecil”. Kajian ini memberi tumpuan kepada faktor risiko tingkah laku agresif dan bentuk-bentuk tingkah laku agresif verbal dan fizikal yang telah diekpresikan oleh informan. Kajian ini telah menggunakan satu strategi penyelidikan abduktif melalui pendekatan interpretivist dan metod fenomenologi. Sampel dipilih melalui kaedah pesampelan bola salji dan pesampelan bertujuan. Jumlah peserta kajian adalah seramai 50 orang, iaitu 20 orang Mat Motor dan 30 orang Mat Rempit. Data dikutip dengan teknik pemerhatian ikut-serta dan teknik temu bual secara mendalam. Nota-nota temu bual dan lapangan dianalisa dengan menggunakan perisian Nvivo untuk membangunkan kategori-kategori, menggambarkan pola-pola dan mewujudkan tipologi-tipologi. Hasil kajian telah menunjukkan faktor risiko utama yang mempengaruhi tingkah laku agresif bagi informan Mat Motor adalah kurang penghayatan agama manakala bagi informan Mat Rempit pula adalah pengambilan bahan terlarang. Hasil kajian juga telah menunjukkan agresif verbal Mat Motor adalah jenis verbal, aktif, terang-terangan, langsung dan verbal, pasif, terselindung, tidak langsung. Agresif fizikal pula adalah jenis fizikal, aktif, terang-terangan, langsung dan fizikal, pasif, terang-terangan, langsung. Manakala, agresif verbal bagi Mat Rempit pula adalah jenis verbal, aktif, terang-terangan, langsung. Hasil kajian menunjukkan dua jenis agresif fizikal Mat Rempit iaitu fizikal, aktif, terang-terangan, langsung dan fizikal, pasif, terang-terangan, langsung. Kajian telah mencadangkan beberapa strategi bagi mengatasi permasalahan yang relevan dipraktikkan di Malaysia. Selain itu, kajian lanjutan yang mendalam dicadangkan ke atas faktor-faktor pelindung dan hubungannya dengan pelumba motosikal haram.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5404
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectTingkah laku agresif dalam kalangan Mat Motoren_US
dc.subjectdan Mat Rempit di Pulau Pinang,en_US
dc.titleFaktor Risiko Dan Bentuk Tingkah Laku Agresif Mat Motor Dan Mat Rempit Di Pulau Pinang, Malaysiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: