Komposit Poll Ester Hibrid Berasaskan Sekam Padi Dan Gentian Kaca
Loading...
Date
2004-09
Authors
ABDULLAH, HAZLAN
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Dalam kajian ini, sifat mekanik dan fizikal komposit hibrid berasaskan poliester
tak tepu (USP) berpengisi sekam padi (RH) dan gentian kaca (GF) telah dikaji.
Kandungan pengisi keseluruhan a<;falah 40%,50% dan 60%. Manakala nisbah antara
RH dan GF yang digunakan ialah 100%RH, 70%RH I 30%GF, 60%RH I 40%GF,
50%RH I 50%GF, 40%RH I 60%GF dan 100%GF. Dua jenis agen gandingan telah
digunakan iaitu (trimetoksil)propil metakrilat (TPM) dan aminopropiltrietoksi silana
(APE) pada peratusan yang berbeza (1%, 3% dan 5%) berasaskan berat pengisi.
Secara umumnya, keputusan menunjukkan bahawa penggunaan gentian kaca panjang
(LGF) menghasilkan sifat mekanik komposit (kekuatan, pemanjangan pad a takat
putus, keliatan dan kekuatan hentaman) yang lebih baik berbanding dengan gentian
kaca sederhana (MGF) dan gentian kaca pendek (SGF) tetapi menunjukkan sifat
kekakuan yang lebih rendah. Keputusan juga menunjukkan bahawa penggunaan
peratusan pengisi yang banyak (60%) memperlihatkan sifat mekanik komposit yang
lebih baik daripada pengisi yang sedikit (40%). Di samping itu, saiz sekam padi yang
lebih kecil menunjukkan sifat kekuatan, keliatan dan modulus yang lebih tinggi
berbanding saiz sekam padi yang lebih besar. Secara umumnya, pertambahan agen
gandingan TPM dan APE untuk penghasilan komposit terawat mampu memperbaiki
sifat mekanik dan fizikal komposit yang dihasilkan. Hal ini dicapai melalui
penambahbaikan perekatan antaramuka antara pengisi dengan matriks. Ke semua
komposit yang dihasilkan dengan pertambahan agen gandingan, menunjukkan
peratusan penyerapan air dan peratusan pembengkakan ketebalan yang lebih rendah
berbandingtanpa pertambahan agen gandingan.
Description
Keywords
Komposit Poll Ester Hibrid Berasaskan , Sekam Padi Dan Gentian Kaca