Kajian Prevalensmerokok Dan Keberkesanan Intervensi Bersepadu Untukmengurangkan Prevalens Merokok Dalam Kalangan Tentera Darat Di Kelantan
Loading...
Date
2015-09
Authors
MOHD. ZAIN, REHANAH
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Prevalens merokok dalam kalangan tentera adalah tinggi jika dibandingkan dengan
profesion lain di beberapa buah negara. Satu kajian keratan lintang dan kuasieksperimental
untuk mengurangkan prevalens merokok melalui intervensi bersepadu
dalam kalangan tentera darat telah dijalankan di Kelantan. Sejumlah 319 tentera dari
4 buah kem telah mengambil bahagian dalam fasa I (prevalens) dan 158 tentera
dalam fasa II (intervensi) kajian ini. Kumpulan intervensi (n = 79) dari Kem Desa
Pahlawan Kota Bharu dan kumpulan kawalan (n = 79) dari gabungan Kem
Pengkalan Chepa, Jeli dan Tanah Merah. Hasil kajian fasa I mendapati prevalens
merokok adalah tinggi iaitu 69.3% (95% CI: 63.9, 74.3%) berdasarkan ujian kotinin
urin, 67.7% (95% CI: 65.1, 70.3%) pengakuan diri dan hanya 46.7% (95% CI: 41.1,
52.3%) ujian karbon monoksida. Min bilangan rokok yang dihisap 14 (6.78) batang
sehari. Skor FTND ≤ 4 = 44%, 5 – 6 = 31% dan ≥ 7 = 25%. Skor min pengetahuan
mengikut perspektif kesihatan 43.95 (10.48) dan 6.33 (0.79) daripada perspektif
agama. Hasil kajian fasa II intervensi bersepadu mendapati kadar berhenti merokok
selepas 9 bulan adalah tinggi, 49.4% (95% CI: 37.9, 60.9) dalam kumpulan
intervensi. Terapi Gantian Nikotin di Klinik Berhenti Merokok berkesan dengan
analisis nisbah odds dalam ujian regresi logistik mudah menunjukkan perokok
mempunyai 1.30 (95% CI: 1.12 - 1.50) kali kemungkinan berpeluang untuk berhenti
merokok. Kedua-dua skor pengetahuan menunjukkan perubahan yang signifikan (P
< 0.001) mengikut perspektif kesihatan dengan perbezaan min, 3.02 (95% CI: 1.61,
4.43) dan agama, 0.91 (95% CI: 0.63, 1.18). Analisis pengukuran berulang ANOVA
sehala ke atas skor FTND di antara kumpulan intervensi dan kawalan adalah
signifikan (P < 0.001), tiada perbezaan yang signifikan (P > 0.05) ke atas ujian
fungsi paru-paru. Ujian kotinin dalam urin adalah signifikan (P = 0.003) dengan
perbezaan min 569.51 (95% CI: 196.26, 942.77) tetapi ujian karbon monoksida tidak
signifikan (P = 0.812) dengan perbezaan min 3.60 (95% CI: -26.29, 33.48).
Persetujuan kappa adalah baik 0.65 di antara pengakuan diri berhenti merokok
dengan ujian kotinin dalam urin dan sederhana 0.48 dengan ujian karbon monoksida.
Prevalens merokok dalam kalangan tentera adalah tinggi berbanding dengan
profesion lain di Malaysia, dan secara amnya di dunia. Kesimpulannya, intervensi
bersepadu selama 9 bulan berjaya mencapai kadar berhenti merokok yang tertinggi
(49.4%) berbanding dengan kajian lain di dunia. Justeru itu, kajian ini boleh
diperluaskan kepada tentera laut dan udara.
Description
Keywords
Prevalens merokok , dalam kalangan tentera.