Hubungan iklim akademik murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dengan konsep kendiri, relians kendiri dan kesediaan intelek

Loading...
Thumbnail Image
Date
2007-01
Authors
Rengasamy, Dhanapal
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian iklim akademik dalam kalangan murid SJK Tamil ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama meliputi kajian kuantitatif. Dalam bahagian ini kajian tinjauan dilakukan. Sejumlah 500 orang murid telah menjawab sebanyak 51 soalan yang menggunakan skala Likert. 500 orang murid tersebut dipecahkan kepada 125 orang murid sekolah pinggir bandar, 125 orang murid bandar dan 250 orang murid sekolah ladang. Hal ini kerana sebanyak 85% SJK Tamil terletak di ladang. Input sosial seperti profil sekolah mengikut lokasi pinggir bandar, bandar dan ladang serta latar belakang lima kumpulan taraf sosioekonomi pelajar dikaji dengan menggunakan statistik ANOVA untuk mengkaji perbezaan yang terdapat dalam 3 hasil persekolahan iaitu kesediaan intelek, konsep kendiri dan relians kendiri murid. Kajian korelasi Pearson juga dijalankan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perhubungan di antara persepsi murid terhadap iklim akademik dengan tiga hasil persekolahan tersebut. Kedua-dua kajian kuantitatif ini dilakukan untuk menjawab soalan-soalan kajian yang telah ditetapkan. Persepsi murid terhadap iklim akademik murid dibataskan kepada 5 dimensi yang penting iaitu, a) kesia-siaan akademik, b) penilaian dan jangkaan masa depan murid, c) penilaian dan jangkaan ibu bapa dan guru terhadap murid, d) galakan dan norma guru dan e) norma akademik murid. Kesemua dimensi ini dikaji untuk melihat sama ada wujud perhubungan antara dimensi iklim akader:nik ini dengan kesediaan intelek, konsep kendiri dan relians kendiri. Kajian kualitatif juga diadakan untuk menyemak silang maklumat yang diperoleh daripada responden-responden. Kaedah temu bual separa berstruktur diadakan dengan badan-badan bukan kerajaan, persatuan ibu bapa dan guru, Biro Pelajaran dan persatuan-persatuan yang membantu SJK Tamil. Kesemua dapatan kajian kualitatif ditringulasikan dengan dapatan kajian kuantitatif. Sebanyak 3 hipotesis utama dan 21 hipotesis sampingan telah dibentuk dan dikaji. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan kesediaan intelek yang signifikan di antara murid yang berasal dari latar belakang 5 kumpulan sosioekonomi. Manakala dapatan menunjukkan bahawa tiada perbezaan konsep kendiri yang signifikan di antara kumpulan tarat sosioekonomi. Dapatan menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dalam kesediaan intelek, konsep kendiri dan relians kendiri dalam kalangan murid dari 3 kumpulan profil sekolah. Kajian menunjukkan bahawa faktor latar belakang keluarga dan profil sekolah sangat mempengaruhi pencapaian murid SJK Tamil. Kebanyakan murid ladang dan sebahagian murid bandar dan pinggir bandar kurang mempunyai konsep kendiri. relians kendiri dan kesediaan intelek. Secara keseluruhan, kajian juga menunjukkan bahawa iklim akademik murid di sekolah bandar adalah lebih positif berbanding dengan sekolah di pinggir bandar dan ladang. Sumbangan badan bukan kerajaan kepada SJK Tamil bandar didapati lebih memuaskan jika dibandingkan dengan sumbangan badan bukan kerajaan si SJK Tamil pinggir bandar dan ladang. Terdapat banyak badan bukan kerajaan memberi sumbangan yang aktif ke arah meningkatkan iklim akademik murid SJK Tamil. Sumbangan-sumbangan tersebut harus diteruskan untuk membantu murid SJK Tamil agar peningkatan kejayaan akademik yang cemerlang pad a mas a akan datang dapat dicapai oleh mereka.
Description
Keywords
Iklim akademik, konsep kendiri dan relians kendiri.
Citation