Kajian Kesepadanan Ukuran Kerusi Dan Meja Belajar Dengan Antropometrik Pelajar Sekolah Rendah Di Malaysia.
Loading...
Date
2016-09
Authors
Nabi Khan, Norizzah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Dalam menjalani aktiviti pembelajaran seharian, pelajar sekolah lebih
menghabiskan masa mereka di kerusi dan meja belajar. Pelajar menghabiskan waktu
pembelajaran selama 6–7 jam iaitu 80% dan masa yang dihabiskan oleh pelajar itu
adalah dengan menggunakan kerusi dan meja belajar disekolah untuk menjalani aktiviti
pembelajaran mereka seperti membaca, menulis, mengira, melukis, makan, minum dan
sebagainya. Mengikut kajian, penggunaan kerusi dalam tempoh yang panjang serta
dengan posisi postur yang salah boleh mendatangkan beberapa masalah terhadap diri
pelajar tersebut. Antaranya adalah punca masalah dalam meningkatkan sumber daya
pelajar yang berkualiti akan berkurang kerana pelajar akan berasa terganggu, letih serta
hilang tumpuan dalam pembelajaran sekiranya penggunaan mereka terhadap kerusi dan
meja belajar yang tidak selesa. Ketidakserasian tersebut juga boleh mengakibatkan risiko
pada diri pelajar seperti mengalami trauma kesakitan MSD – Musculaskeletal Disorder.
Trauma kesakitan ini kebiasaanya berpunca bermula dari peringkat awal bergantung
dengan cara penggunaan pelajar terhadap kerusi dan meja belajar. Sekiranya kerusi dan
meja belajar yang tidak sesuai dengan ukuran badan pelajar, ia boleh mengakibatkan
pelajar mengalami kesukaran dalam penumpuan terhadap pembelajaran dan juga trauma
kesakitan dalam jangka masa yang lama. Oleh yang demikian, keselesaan pelajar
terhadap penggunaan kerusi dan meja belajar memainkan peranan yang penting bagi
membantu proses pembelajaran mereka dengan lebih efektif. Proses kajian yang
dijalankan bagi mencapai tahap keselesaan dan kesan yang efektif dalam reka bentuk
kerusi dan meja belajar adalah melalui ukuran perabot tersebut dengan postur dan saiz
badan pelajar dengan menggunakan kaedah antropometrik (ukuran saiz tubuh dan
bentuk fizikal pelajar). Penggunaan kaedah ini dapat membantu meminimumkan
permasalahan serta risiko ergonomik yang boleh dialami oleh pelajar sama ada pada
masa sekarang atau impak pada masa akan datang.
Description
Keywords
Kesepadanan Ukuran Kerusi Dan Meja Belajar Dengan Antropometrik , Pelajar Sekolah Rendah Di Malaysia.