Pemuliharaan Dan Pembaikan Masjid Kayu Tradisional Di Malaysia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2012
Authors
Johar, Suhana
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Masjid lama tradisional merupakan salah satu tinggalan warisan seni bina yang tidak ternilai harganya. Sebagaimana bangunan warisan lain, masjid-masjid lama yang dahulunya dibina dari kayu tidak terlepas dari mengalami kecacatan dan kerosakan akibat dari pelbagai faktor. Dalam pemuliharaan, ia melibatkan tindakan untuk mencegah keusangan dan pembaikpulihan bagi melanjutkan hayat dan penggunaan suatu bangunan warisan. Setiap pendekatan yang digunakan bagi maksud pemuliharaan menekankan konsep keaslian bagi memastikan signifikannya tidak terjejas, Pemuliharaan masjid memerlukan pemahaman pendekatan yang berbeza kerana bukan semua pendekatan dalam pemuliharaan sesuai digunakan. Setiap kerja pembaikan yang dijalankan perlu menghormati dan berhati-hati serta mengekalkan sebanyak yang mungkin elemen yang asal. Dalam penyelidikan ini, gabungan kajian literatur, kajian lapangan dan kajian kes telah dijalankan ke atas masjid-masjid kayu tradisional di Malaysia. Objektifnya bagi mendapatkan gambaran sebenar permasalahan dalam kerja pembaikan dan pemuliharaan masjid kayu lama, mengenal pasti perkara yang diperlukan dalam sistem dokumentasi bagi kerja-kerja pemuliharaan bangunan dan membentuk ringkasan proses bagi kerja pemuliharaan masjid kayu. 11 prinsip asas dalam pemuliharaannya telah dibentuk dan satu rangka kerja pembaikan kayu yang memberi penekanan terhadap perlunya kerja-kerja perlindungan bahan kayu telah dibangunkan, di samping memberi contoh kepada dokumentasi yang diperlukan dalam suatu projek pemuliharaan bangunan warisan. Hasil kajian ini, bukan hanya dapat digunakan dalam mana-mana projek pemuliharaan bangunan masjid lama yang akan datang tetapi juga boleh diaplikasikan pada bangunan kayu lama yang lain, mengikut kesesuaian kes. Melalui kajian lapangan yang telah dijalankan juga telah mewujudkan satu inventori bangunan-bangunan masjid lama yang boleh dijadikan sumber bagi mereka yang berminat menjalankan kajian lanjutan.
Description
Keywords
Pemuliharaan dan pembaikan masjid kayu , tradisional di Malaysia
Citation