Kesan Bimbingan Muhasabat Al-Nafs (E-Man) Terhadap Pelajar Salah Laku

dc.contributor.authorYAHAYA, MASHIRA
dc.date.accessioned2016-07-18T03:42:04Z
dc.date.available2016-07-18T03:42:04Z
dc.date.issued2015-06
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk mengkaji perubahan tingkah laku pelajar yang terlibat dalam salah laku pergaduhan dengan menggunakan pendekatan Islam iaitu Bimbingan Muhasabat al-Nafs (E-MAN). Bimbingan E-MAN ini merangkumi aspek amalan pengawasan diri muhasabat al-nafs, amalan agama, akidah dan tingkah laku serta akhlak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dan persampelan bertujuan ke atas enam orang pelajar tingkatan empat beragama Islam yang terlibat dalam salah satu jenis salah laku berat iaitu salah laku pergaduhan. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah soal selidik Pengakuan Salah Laku Pergaduhan, soal selidik Amalan Muhasabat al-Nafs, Bimbingan Muhasabat al-Nafs (E-MAN), analisis dokumen salah laku pergaduhan dan temu bual. Soal selidik dianalisis secara manual manakala data temu bual dan data daripada unit bimbingan dirakam secara audio. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perubahan tingkah laku pergaduhan pelajar selepas mengikuti Bimbingan Muhasabat al-Nafs (E-MAN) iaitu semua responden telah berjaya meninggalkan salah laku pergaduhan. Selain itu, kajian mendapati pengetahuan dan kesedaran yang tinggi dalam aspek akidah dan amalan agama yang berterusan akan membentuk tingkah laku dan akhlak yang lebih baik. Kajian juga mendapati perubahan tingkah laku yang positif diperoleh melalui amalan pengawasan diri muhasabat al-nafs yang mantap. Dapatan kajian ini menyumbang kepada satu alternatif untuk menangani salah laku pergaduhan pelajar melalui Bimbingan Muhasabat al-Nafs (E-MAN) iaitu dalam bentuk prosedur bimbingan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2276
dc.subjectKesan Bimbingan Muhasabat Al-Nafs (E-Man)en_US
dc.subjectTerhadap Pelajar Salah Lakuen_US
dc.titleKesan Bimbingan Muhasabat Al-Nafs (E-Man) Terhadap Pelajar Salah Lakuen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: