Kesan Penggunaan Sumber Sejarah Digital Melalui Portal Terhadap Kemahiran Pemikiran Sejarah
Loading...
Date
2015
Authors
Muniandy @ Ramakrishnan, Renuka
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan mengkaji kesan penggunaan sumber sejarah digital melalui portal terhadap Kemahiran Pemikiran Sejarah. Kajian ini memfokuskan Sejarah Tingkatan 4; Bab 9: Perkembangan di Eropah. Sampel murid terdiri daripada 104 orang murid Tingkatan 4 dari tiga buah sekolah menengah di negeri Kedah. (Kumpulan Eksperimen 1 n = 33; Kumpulan Eksperimen 2 n = 34 dan Kumpulan Kawalan n = 37). Bagi tujuan mengkaji keberkesanan sumber sejarah digital, tiga jenis portal telah dibangunkan iaitu Portal Sejarawan Maya Terbimbing (PSMT), Portal Sejarawan Maya Bebas (PSMB) dan Portal E-Buku Teks (PEBT). PSMT menyediakan ruang kepada murid untuk meneroka sumber sejarah digital dari internet dalam keadaan terbimbing. Manakala PSMB pula memberi kebebasan sepenuhnya untuk murid mengakses dan mencari sendiri sumber sejarah digital dari internet.
Description
Keywords
Sejarah , Digital , Pendidkan , Portal Maya , Pendidikan Digital