Laras Bahasa Dalam Iklan Bahasa Inggeris Dan Iklan Bahasa Malaysia: Satu Analisis Perbandingan

Loading...
Thumbnail Image
Date
2007
Authors
Liew, Martina Say Peng
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian telah menjalankan satu analisis laras bahasa yang terdapat pada iklan BI dengan iklan BM. Tujuannya iaJah untuk melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan yang wujud antara iklan BI dan BM. Selain itu, kajian juga mengkaji kaedah terjemahan yang digunakan untuk menterjemahkan teks iklan serta mengambil kira ciri-ciri budaya yang terkandung dalam iklan. Hasil kajian mendapati bahawa iklan boleh dibahagikan kepada enam jenis kategori iaitu (i) tajuk, teks dan visual iklan yang sama (ii) tajuk dan teks yang sama tetapi visual iklan yang berbeza (iii) tajuk dan visual yang berbeza tetapi teks iklan yang sama (iv) tajuk berbeza tetapi teks dan visual yang sama (v) tajuk yang sama tetapi teks dan visual, yang berbeza serta (vi) tajuk, teks dan visual iklan yang berbeza. Kajian mendapati bahawa laras bahasa dalam iklan BI telah dikekalkan dalam iklan BM. Selain itu, kaedah terjemahan yang paling banyak digunakan dalam iklan ialah kaedah terjemahan secara literal. Kajian mendapatl bahawa ciri budaya tidak banyak terdapat Malam sampeliklan yang dikumpulkan.
Description
Keywords
Language
Citation