Komitmen Guru-Guru Pelatih Terhadap Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Loading...
Thumbnail Image
Date
2012-12
Authors
Nasaruddin, Noor Aini
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Pengenalan Pendidikan Alam Sekitar (PAS) secara merentas kurikulum di sekolah merupakan langkah yang tepat dalam membentuk modal insan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Guru yang dedikasi dan komited serta mempunyai nilai yang tinggi terhadap alam sekitar mampu merealisasikan matlamat ini memandangkan ia tidak wajib dilaksanakan. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau komitmen guru pelatih terhadap penerapan PAS dalam pengajaran di bilik darjah. Satu kaji selidik telah dijalankan kepada 838 orang guru pelatih yang mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah daripada 14 buah Institut Pendidikan Guru (IPG).
Description
Keywords
Komitmen Guru-Guru Pelatih Terhadap Penerapan Pendidikan Alam Sekitar , Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Citation