Dinamik Kehidupan Golongan Gelandangan Di Pulau Pinang

dc.contributor.authorDrani, Syazwani
dc.date.accessioned2016-12-08T01:33:40Z
dc.date.available2016-12-08T01:33:40Z
dc.date.issued2016-06
dc.description.abstractKehidupan bergelandangan memberi impak negatif kepada kesejahteraan dan kefungsian sosial kehidupan individu yang bergelandangan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji demografi responden yang bergelandangan; menganalisis keperluan golongan gelandangan; menganalisis kewujudan dan kesesuaian program semasa yang telah disediakan untuk golongan gelandangan; dan yang terakhir mencadangkan satu bentuk model intervensi kerja sosial yang bersesuaian dalam usaha meningkatkan kefungsian sosial dan kesejahteraan hidup golongan gelandangan. Kajian ini melibatkan temubual mendalam dengan seramai 20 orang individu yang bergelandangan dan lima orang petugas yang mempunyai pengalaman bekerja secara langsung dengan golongan gelandangan. Penemuan kajian telah dianalisis dengan menggunakan teknik analisis kandungan dan mendapati kewujudan golongan gelandangan ini adalah hasil daripada kepincangan sistem sosial, kelemahan khidmat sokong bantu dan sikap golongan gelandangan itu sendiri. Penemuan kajian juga menunjukkan terdapat penemuan baru yang menjelaskan bahawa gelandangan mengalami pelbagai kecelaruan kognitif dan kerapkali berhadapan dengan kehidupan harian yang negatif. Di akhir kajian ini, satu analisis cadangan intervensi dalam konteks perkhidmatan kerja sosial telah dibincangkan berdasarkan keperluan semasa yang telah disuarakan oleh kesemua responden kajian. Model yang diperkenalkan ini jelas menjurus kepada program pemerkasaan terhadap golongan gelandangan yang merangkumi aspek pengukuhan perkhidmatan kebajikan, program sokongan intensif, program bantuan ekonomi dan penambahbaikan kemahiran pekerja dan perkhidmatan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3260
dc.subjectKehidupan bergelandangan memberi impak negatif kepada kesejahteraanen_US
dc.subjectdan kefungsian sosial kehidupan individu yang bergelandangan.en_US
dc.titleDinamik Kehidupan Golongan Gelandangan Di Pulau Pinangen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: