Eksperimentasi Instrumen Menerbitkan Idea Untuk Penghasilan Karya Seni
Loading...
Date
2015-09
Authors
PUADI, MOHD FARIZAL
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menerbitkan idea menggunakan teknik kreativiti yang telah dipopularkan oleh Edward de Bono iaitu Instrumen Provokatif Operatif (PO). Keseluruhan tatacara mengumpul maklumat dan data adalah menggunakan kaedah Kuasi-Eksperimental yang telah dijalankan keatas sekumpulan responden pelajar dan seniman muda yang terdiri daripada kumpulan kawalan dan rawatan. Kajian ini juga menggunakan metod kajian Reka Bentuk Ujian Pra-pasca Kumpulan-kumpulan Tidak Seimbang. Metod ini digunakan kerana setiap kumpulan responden tidak dapat diagih dan diperolehi melalui prosedur pilihan secara rawak. Setiap data yang diperolehi dianalisa melalui kaedah kualitatif iaitu penghuraian data dalam bentuk teks atau deskriptif. Kajian ini berlandaskan kepada tiga objektif, pertama bertujuan untuk menguji keberkesanan Instrumen Provokatif Operatif (PO) dalam menerbitkan idea. . Kajian ini berlandaskan kepada tiga objektif, pertama bertujuan untuk menguji keberkesanan Instrumen Provokatif Operatif (PO) dalam menerbitkan idea. Kedua, untuk mengenal pasti ciri-ciri idea dan perbezaan yang terbit selepas menggunakan instrumen Provokasi Operatif (PO) ke atas dua kumpulan penggiat seni visual. Ketiga, untuk menghasilkan satu panduan alternatif instrumen menerbitkan idea kepada penggiat seni visual. Penemuan daripada kajian ini mendapati instrumen Provokatif Operatif (PO) sesuai dan berjaya menerbitkan idea bagi kedua-dua kumpulan responden yang terlibat (kawalan dan rawatan).
Description
Keywords
Eksperimentasi Instrumen Menerbitkan Idea , Untuk Penghasilan Karya Seni