Takhrīj Hadith Dalam Tafsir Al-Azhar Karangan Hamka

dc.contributor.authorAb Rahim, Imran
dc.date.accessioned2022-03-30T13:01:59Z
dc.date.available2022-03-30T13:01:59Z
dc.date.issued2020-06
dc.description.abstractTafsir al-Azhar karangan Hamka merupakan antara kitab tafsir yang masyhur dan menjadi rujukan masyarakat Islam di Nusantara. Dalam karya tersebut, Hamka membawakan hadith-hadith sebagai tafsiran kepada ayat-ayat al-Quran. Berdasarkan kajian terdahulu terdapat hadith daif dan palsu di samping terdapat hadith yang tidak dijelaskan statusnya meskipun telah ada usaha untuk melakukan takhrīj. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji kaedah ulama hadith dalam menentukan sesebuah hadith sebagai maqbūl ataupun mardūd. Selain itu, kajian ini juga mengkaji kaedah penulisan hadith dalam Tafsir al-Azhar karangan Hamka di samping menganalisis hadith-hadith yang terdapat dalam Tafsir al-Azhar dari juzuk enam hingga sembilan memandangkan masih belum terdapat kajian terdahulu dari aspek takhrīj al-ḥadīth dan dirāsah asānid. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kualitatif yang dilakukan melalui kajian Kepustakaan dengan mendapatkan data-data daripada kitab-kitab induk hadith seperti al-Kutub al-Sittah dan juga kitab-kitab rijāl al-ḥadīth. Oleh itu, pengkaji menganalisis hadith-hadith tersebut melalui metode takhrīj al-ḥadīth selain metode induktif dan deduktif. Berdasarkan kajian ini dapat disimpulkan bahawa daripada 90 hadith yang dianalisis, 70 hadith daripadanya adalah sahih, sembilan hadith adalah hasan, enam hadith adalah daif, dua hadith adalah da‘if jiddan, satu hadith adalah palsu dan dua hadith tidak dapat dikenal pasti. Dengan itu, hadith-hadith berstatus sahih dan hasan dalam Tafsir al-Azhar yang boleh dijadikan hujah adalah lebih banyak jumlahnya berbanding hadith-hadith yang tidak boleh dijadikan hujah yang terdiri daripada daif, da‘if jiddan dan palsu.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/15001
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectHadith Dalam Tafsir Al-Azharen_US
dc.subjectHamkaen_US
dc.titleTakhrīj Hadith Dalam Tafsir Al-Azhar Karangan Hamkaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: