Pengaruh Kepimpinan Distributif Sebagai Moderator Terhadap Hubungan Antara Penglibatan Guru Dalam Membuat Keputusan Dan Efikasi Kendiri Guru

Loading...
Thumbnail Image
Date
2013-07
Authors
Arokiasamy, Rajoo
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kepimpinan distributif sebagai moderator terhadap perhubungan antara penglibatan guru dalam proses membuat keputusan (PGMK) dan efikasi kendiri guru. Secara spesifiknya, objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan pengaruh antara variabel PGMK, variabel kepimpinan distributif dengan variabel bersandar efikasi kendiri guru. Dua kaedah pengumpulan data telah digunakan, iaitu kaedah kuantitatif (soal selidik) dan kaedah kualitatif (temu bual). Maklum balas melalui soal selidik diperoleh daripada 870 orang guru SJKT harian biasa dari Pulau Pinang, Selangor Darul Ehsan dan Johor Darul Takzim. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, Ujian-t Berpasangan, Regresi berganda dan ‘Hierarchical Moderated Multiple Regression Analytical Procedures’. Sementara itu, bentuk moderator kepimpinan distributif ditentukan melalui kriteria yang telah dikemukakan oleh Howell, Dorfman dan Kerr (1986). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan antara skor min penglibatan sebenar dengan skor min keinginan penglibatan dalam membuat keputusan. Skor min penglibatan sebenar dalam proses membuat keputusan didapati lebih rendah daripada skor min keinginan guru dalam membuat keputusan. Dengan itu, tahap penglibatan guru dalam membuat keputusan pengurusan sekolah adalah rendah. Dapatan kajian juga turut menunjukkan bahawa dimensi PGMK mempunyai pengaruh yang signifikan dengan variabel efikasi kendiri guru dan variabel kepimpinan distributif. Dapatan kajian juga turut menunjukkan bahawa kepimpinan distributif mempunyai pengaruh yang signifikan dengan PGMK dan efikasi kendiri guru. Akhir sekali, kajian ini mendapati kepimpinan distributif mempunyai pengaruh moderator terhadap PGMK dan efikasi kendiri guru. Dapatan kajian temu bual menunjukkan bahawa penglibatan guru dalam membuat keputusan di sekolah A adalah positif kerana guru besar menggunakan ciri-ciri kepimpinan distributif dalam pengurusan sekolah.
Description
Keywords
Moderator , Membuat Keputusan Dan Efikasi Kendiri Guru
Citation