Firma kecil dan sederhana (IKS) elektrik dan elektronik (E&E) : kajian kes di kawasan perindustrian terpilih di Kedah dan Pulau Pinang

Loading...
Thumbnail Image
Date
2001-07
Authors
Othman, Kamarudin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Umumnya sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seringkali dikatakan berfungsi sebagai tulang belakang perindustrian negara. Namun prestasi dan sumbangannya IKS kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia masih rendah. Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh firma IKS yang beroperasi di negara ini, antaranya ialah yang berunsurkan teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan eksport produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan.Teknologi yang digunakan oleh firma industri kecil dan sederhana kerapkali tidak cekap dan biasanya sudah ketinggalan zaman. Ini akan mewujudkan firma IKS yang tidak cekap dan tidak berdaya saing dalam arus globalisasi. Kajian ini lebih memberi tumpuan utama kepada analisis perkembangan tahap teknologi tempatan dan eksport firma IKS elektrik dan elektronik. Bagi tujuan tersebut kajian ini telah dijalankan ke atas firma IKS yang beroperasi di Kedah (Kulim dan Sungai Petani) dan Pulau Pinang. Antara analisis yang dilakukan dalam kajian ini ialah analisis fungsi pengeluaran firma, tahap teknologi, kos pengeluaran seunit produk, eksport dan produktiviti firma. Selain itu analisis ini juga melihat hubung kait antara tahap teknologi, belanja penyelidikan dan pembangunan (R&D), produktiviti dan eksport. Daripada kajian ini beberapa penemuan telah diperolehi. Antaranya ialah: a) Fungsi pengeluaran Cobb-Douglas adalah merupakan fungsi pengeluaran yang sesuai bagi kajian seperti ini. Ini berdasarkan nilai a+~B yang diperolehi adalah berguna bagi tujuan peramalan. Di dalam kajian ini nilai a+B< 1.0 dan nilai im adalah tidak tetap. b) Keanjalan kos berbanding output bagi keseluruhan firma IKS yang dikajiadalah anjal. c) Keseluruhan firma IKS yang dikaji mengalami hukum pulangan semakin kurang. d) Firma IKS yang dikaji mengalami kemajuan teknologi mengguna modal atau teknologi menjimat buruh. e) Wujud hubungan langsung antara tahap teknologi dengan jumlah eksport dan produktiviti modal. f) Operasi firma mengalami hubungan negatifantara perbelanjaan R&D, tahap teknologi dan produktiviti. g) Wujud hubungan positif di antara standard ISO yang diperolehi oleh finna dengan jumlah jualan eksport firma berkenaan. h) Masalah utama keseluruhan firma yang dikaji ialah masalah pasaran dan pemasaran dan masalah untuk mendapatkan bekalan tenaga kerja mahir. Daripada penemuan-penemuan ini menunjukkan kemajuan teknologi adalah penting untuk menjadikan firma IKS lebih berdaya saing dalam arus globlasasi, khususnya bagi Malaysia.
Description
Keywords
Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Citation