Kajian Elektrokimia Terhadap Perencatan Kakisan Aloi Aluminium Dengan Menggunakan Ekstrak Tanin Bakau Dan Katecin

dc.contributor.authorYahya, Solhan
dc.date.accessioned2018-07-05T01:27:51Z
dc.date.available2018-07-05T01:27:51Z
dc.date.issued2011-03
dc.description.abstractKeberkesanan tanin bakau (Rhizophora apiculata) sebagai perencat kakisan bagi aloi aluminium di dalam larutan HCl, NaCl dan H2SO4 telah dikaji menerusi kaedah polarisasi potensiodinamik, pengukuran impedans, kehilangan berat dan analisis permukaan. Keputusan pengukuran polarisasi potensiodinamik menunjukkan tanin berkeutamaan bertindak sebagai perencat katodik di dalam larutan HCl dan perencat anodik di dalam larutan H2SO4 yang masing-masing mencatatkan nilai % IE sehingga 90 dan 80 %. Kajian di dalam larutan NaCl mencatatkan nilai % IE sehingga 80 % dan tanin bertindak sebagai perencat katodik. Pengukuran impedans menunjukkan penambahan tanin di dalam semua medium kakisan yang dikaji meningkatkan kerintangan perpindahan cas dan nilai % IE. Keputusan melalui kaedah kehilangan berat menunjukkan peratus kecekapan perencatan (% IE) meningkat (daripada 12.5 % hingga 56.6 %) dengan peningkatan kepekatan tanin. Umumnya, penjerapan tanin mengikuti isoterma Temkin dengan nilai R2 antara 0.7 hingga 0.9 dan daripada nilai ΔGºads (-38.52 hingga -17.47 kJ mol-1), perencatan kakisan berlaku menerusi proses penjerapan secara interaksi elektrostatik. Analisis permukaan aloi aluminium menunjukkan morfologi kekasaran pada permukaan kakisan seragam dan taburan lubang pada permukaan kakisan bersetempat telah berkurangan setelah dirawat dengan tanin. Bagi kajian kesan perencatan kakisan pelbagai aloi aluminium AA6061 (Al-Mg), AA2214 (Al-Cu) dan AA7175 (Al-Zn) oleh tanin dan katecin di dalam larutan NaCl, faktor perencatan kakisan adalah dipengaruhi oleh komposisi aloi aluminium yang mengandungi pelbagai unsur x x logam lain. Menerusi kajian permodelan molekul, monomer bagi tanin iaitu katecin digunakan sebagai model. Keputusannya, katecin yang telah diprotonkan mencatatkan nilai tenaga total yang terendah dan tenaga pengikatan yang tertinggi. Keputusan pengiraan sifat keupayaaan kimia juga mendapati tanin dan katecin berpotensi sebagai bahan perencat kakisan aloi aluminium.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5866
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKeberkesanan tanin bakau (Rhizophora apiculata)en_US
dc.subjectsebagai perencat kakisan bagi aloi aluminiumen_US
dc.titleKajian Elektrokimia Terhadap Perencatan Kakisan Aloi Aluminium Dengan Menggunakan Ekstrak Tanin Bakau Dan Katecinen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: