An Evaluation Of Soft Skills Development Of A Degree Programme In A Public Higher Education Institution

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-02
Authors
HHASSAN, CHE NORLIA
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk menilai program ijazah Sarjana Muda (program AB) dari satu fakulti di sebuah universiti awam (Universiti AA) di Malaysia, dalam membangunkan kemahiran insaniah dengan menggunakan model penilaian Tyler. Kaedah penyelidikan campuran telah digunakan untuk mengumpul data dari para majikan, pensyarah dan pelajar melalui dua jenis soal selidik iaitu soal selidik CEQ yang diubah suai dan borang kaji selidik Majikan/Pelatih, serta temu bual separa berstruktur untuk para pensyarah dan analisis dokumen (kurikulum dan objektif program). Data telah dikumpulkan daripada 124 orang pelajar/pelatih dan majikan dan 7 orang pensyarah telah ditemu bual. Dapatan kajian menunjukkan program AB mempunyai objektif program yang luas, kurikulum yang menyeluruh, dan mempunyai kesan positif terhadap kebolehpasaran para pelajar. Dapatan ini disokong oleh keputusan temu bual dengan para majikan, pensyarah, dan pelajar. Aktiviti pembelajaran yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada kajian kes, perbincangan, lakonan peranan, dan sebagainya, adalah selaras dengan aktiviti yang telah diutarakan di dalam kajian literatur. Para pensyarah perlu kreatif, manakala pensyarah baru perlu dihantar menjalani latihan untuk mendapatkan pendedahan dan pengalaman. Para pelajar berpendapat bahawa latihan industri mampu membangunkan kemahiran insaniah mereka.
Description
Keywords
An Evaluation Of Soft Skills Development Of A Degree Programme , In A Public Higher Education Institution
Citation