Konsep Pengurusan Kepadatan Manusia Berteraskan Islam: Kajian Kes Konsep Pengurusan Kepadatan Jemaah Haji Lembaga Tabung Haji Di Mekah
Loading...
Date
2016-09
Authors
Kamaruding, Musmuliadi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kepadatan manusia khususnya yang berlaku pada musim haji di Mekah
berkaitan dengan Islam dan melibatkan orang-orang Islam. Secara logiknya, konsep
pengurusan yang sesuai digunakan ialah konsep pengurusan berteraskan Islam.
Walaupun begitu, masih belum ada lagi cadangan yang diberikan berasaskan konsep
pengurusan berteraskan Islam. Pada masa ini, cadangan-cadangan pengurusan yang
telah diberikan kesemuanya bercirikan pengurusan lazim. Ia tidak sesuai digunakan
untuk mengurus kepadatan manusia yang berlaku di Mekah kerana sesuatu yang
mempunyai unsur Islam tidak menjadi munasabah jika ia diurus dengan cara yang
bukan Islamik. Begitulah juga dengan konsep pengurusan kepadatan jemaah haji
(PKJH) Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah. TH merupakan salah sebuah institusi
pembangunan berteraskan Islam. Sewajarnya, konsep pengurusan yang digunakan
juga hendaklah berasaskan konsep pengurusan berteraskan Islam. Persoalannya,
bagaimanakah konsep PKJH TH di Mekah? Adakah ia selari dengan Islam?
Berdasarkan pernyataan-pernyataan yang telah dibangkitkan, maka kajian ini
dilakukan dengan tiga objektif. Pertama, mengenal pasti konsep pengurusan
kepadatan manusia berteraskan Islam (PKMBI). Kedua, menganalisis konsep PKJH
TH di Mekah berasaskan konsep PKMBI. Ketiga, merumuskan konsep PKJH TH di
Mekah. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan dua kaedah pengumpulan data
iaitu pertama, kaedah kajian dokumen; dan kedua, kaedah temu bual. Data yang telah
dikumpul itu pula kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis
kandungan kualitatif. Berdasarkan analisis, dapat dirumuskan dua perkara. Pertama,
konsep PKMBI merupakan sebuah konsep pengurusan yang beracuankan tasawur
Islam dengan menjadikan paradigma Tauhid sebagai tunjang dan bersumberkan
epistemologi Islam serta bermatlamatkan keredaan Allah SWT. Kedua, konsep PKJH
TH di Mekah secara keseluruhannya berasaskan standard SPK ISO 9001:2008
dengan menekankan prinsip kepatuhan, bekerja secara berpasukan, berdisiplin tinggi.
Matlamatnya adalah seperti ingin memberikan kepuasan dan keselesaan kepada
jemaah haji serta membantu mendapatkan haji yang mabrur, menjadi institusi
pengurusan haji yang terbilang, mengharapkan model yang digunakan dalam PKJH
di Mekah diterima pakai di seluruh dunia, dan dapat mengekalkan persijilan ISO
9001 daripada SIRIM. Secara keseluruhannya, kajian ini memberikan dua implikasi.
Pertama, implikasi terhadap konsep pengurusan kepadatan manusia. Kedua,
implikasi terhadap konsep PKJH TH di Mekah.
Description
Keywords
Konsep Pengurusan Kepadatan Manusia , Berteraskan Islam.