Biochemical characterization ·of 'kelulut' (TRIGONA SPP) honey

dc.contributor.authorYusoff, Nor Adlin Md
dc.date.accessioned2020-10-28T01:00:48Z
dc.date.available2020-10-28T01:00:48Z
dc.date.issued2005-03
dc.description.abstractMadu yang dihasilkan oleh lebah tanpa sengat, Trigona spp. dikenali sebagai kelulut di Malaysia. Madu ini merupakan ubatan berharga dalam kalangan masyarakat setempat dan digunakan untuk merawat beberapa janis penyakit. Madu daripada kelulut dikatakan lebih berkesan berbanding madu yang dihasilkan oleh lebah biasa. Antara kegunaan madu kelulut adalah untuk merawat gangguan sistem penghadaman, batuk, tonsilitis, sakit tekak, ulser perut dan usus, kesejukkan, penyakit pada kawasan mulut dan membran mukus serta sebagai pembalut luka. Data saintifik mengenai madu kelulut di dalam jurnal adalah terhad. Sejajar dengan itu, kajian ini dijalankan bagi menentukan ciri - ciri fizikal dan biokimia madu kelulut dan juga menambah data saintifik berhubung madu kelulut. Bagi pengkelasan fizikal, ciri - ciri seperti warna, pengkristalan, pH, kespesifikan graviti, kelembapan dan kandungan abu ditentukan. Bagi pengkelasan biokimia, madu kelulut dianalisis bagi menentukan kandungan gula, gula penurun, protein dan lipid. Madu kelulut disediakan melalui teknik pencairan, menggunakan faktor pencairan spesifik berdasarkan kaedah ujian yang digunakan. Kandungan metal yang dikaji adalah kalsium (Ca), ferum (Fe), kuprum (Cu) dan zink (Zn). Elemen- elemen ini dikaji dengan menggunakan 'atomic absorption spectroscopy'. Keputusan yang diperoleh dibandingkan dengan nilai nutrisi madu berdasarkan klasifikasi USDA. Kandungan gula penurun telah dikesan dalam jumlah yang tinggi iaitu sebanyak 66.86%. Jumlah kandungan gula secara keseluruhannya ialah sebanyak 73.81%.Kandungan protein dan lipid adalah rendah di dalam madu kelulut iaitu sebanyak 7.86o/o bagi protein dan hanya 1 mg/ 100g bagi lipid. Metal juga dikesan dalam kuantiti sedikit. Antara keempat - empat elemen yang dikaji, kalsium merupakan elemen yang paling tinggi kandungannya di dalam madu dengan nilai sebanyak 8. 07 mg/1 OOg.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/10647
dc.language.isoenen_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysia, Universiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjecthoneyen_US
dc.titleBiochemical characterization ·of 'kelulut' (TRIGONA SPP) honeyen_US
dc.typeOtheren_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: