Kesan Ekstrak Archidendron Jiringa Ke Atas Status Antioksidan, Rembesan Insulin Dan Pengambilan Glukosa Secara In Vitro

dc.contributor.authorMd Lasim, As'Malia
dc.date.accessioned2018-01-25T07:04:50Z
dc.date.available2018-01-25T07:04:50Z
dc.date.issued2017-01
dc.description.abstractKajian ini dijalankan bagi melihat aktiviti antioksidan dan aktiviti antihiperglisemia ke atas ekstrak metanol dan air didihan Archidendron jiringa menggunakan model in vitro. Hiperglisemia merupakan di antara penyebab utama komplikasi serta penyakit kronik yang membawa kepada mortaliti dan mobiditi. Pada masa kini, pencarian penawar baru yang mempunyai dwikesan antihiperglisemia serta antioksidan bagi meneutralkan radikal bebas adalah sangat penting. Archidendron jiringa dipercayai serta digunakan oleh penduduk luar bandar bagi mengawal paras glukosa dalam darah. Sampel tumbuhan kajian diperolehi dari Kampung Paya Mengkuang, Pendang, Kedah. Biji, daun, kulit pokok dan kulit buah telah diproses dan diekstrak dalam metanol dan didihan air panas. Ekstrak yang telah disediakan diuji dengan menggunakan pengasaian perencatan enzim α-amilase, pengasaian peneutralan difenil pikril hidrazil (DPPH) dan ujian ke atas jumlah keseluruhan kandungan fenol. Kajian ini menggunakan tiga sel selanjar mamalia; sel HepG2, sel BRIN BD11 dan sel otot L6. Pengasaian ke atas glutation peroksidase (GPx), glutation terturun (GSH) dan glutation reduktase (GR) dijalankan bagi melihat aktiviti antioksidan terhadap sel HepG2. Penentuan respon perembesan insulin dijalankan ke atas sel BRIN BD11 dan aktiviti pengambilan glukosa turut dijalankan ke atas sel Otot L6 dengan kehadiran ekstrak Archidendron jiringa. Penyelidikan sitotoksik dijalankan ke atas semua titisan sel mamalia bagi melihat tahap ketoksikan ekstrak yang digunakan. Analisis statistik ANOVA sehala, ANOVA dua hala dan Analisis Probit telah digunakan untuk menginterpretasi data. Kajian menunjukkan bahawa, Archidendron jiringa mampu meneutralkan DPPH serta mengandungi kandungan fenol yang tinggi. Ia juga dilihat berupaya bertindak sebagai perencat enzim α-amilase disamping mempengaruhi pertahanan antioksidan yang dilihat melalui ujikaji GPx, GSH dan GR. Penyelidikan sitotoksik kristal ungu dan LDH menunjukkan ekstrak air didihan mempunyai ketoksikan yang lebih rendah berbanding dengan ekstrak metanol. Archidendron jiringa turut memberikan keputusan yang positif ke atas kajian pengambilan glukosa dalam sel Otot L6 dan berupaya merangsang perembesan insulin dalam sel BRIN BD11. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa ekstrak metanol/ air didihan boleh dijadikan sebagai salah satu sumber antioksidan dan antihiperglisemia.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5464
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectAktiviti antioksidan dan aktiviti antihiperglisemiaen_US
dc.subjectke atas ekstrak metanol dan air didihan Archidendron jiringa.en_US
dc.titleKesan Ekstrak Archidendron Jiringa Ke Atas Status Antioksidan, Rembesan Insulin Dan Pengambilan Glukosa Secara In Vitroen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: