Aras Endotelin-L, Oksida Nitrik Dan Aktiviti Sintase Oksida Nitrik Di Dalam Tisu Fetoplasenta Daripada Wanita Yang Mengilidap Pre-Eklampsia
Loading...
Date
2004-07
Authors
Ali, Wan Malihah Wan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Patogenesis bagi pre-eklampsia masih tidak difahami sepenuhnya Namun terdapat
bukti yang mencadangkan keabnormalan plasenta menyumbang kepada kekurangan
fungsi plasenta dalam pre-eklampsia. Hipotesis dibuat mengenai ketidakseimbangan
faktor vasomotor dalam plasenta wanita yang menghidap pre-eklampsia, Oleh itu
tujuan kajian ini adalah untuk: memastikan sama ada terdapat perbezaan dalam aras
endotelin-I (ET-I), oksida nitrik (NO) dan aktiviti sintase oksida nitrik (NOS) di antara
tisu fetoplasenta daripada wanita hamil normal (NTPW) dan wanita yang menghidap
pre-eklampsia (PE). Di samping itu, ekspresi gen ET-1 di dalam tisu tersebut juga
diperiksa untuk melihat sama ada ET-1 dihasilkan di semua tisu tersebut.
Supematan homogenat amnion, korion dan koteledon plasenta, melalui kelahiran vagina
yang normal daripada 12 wanita hamil normal dan 12 wanita yang menghidap preeklampsia,
diukur aras ET-l, NO dan NOS. Aras ET-l diukur menggunakan teknik
radioimunoasai (RIA) manakala NO dan NOS menggunakan teknik tindakbalas Griess.
Untuk mengesan ekspresi gen ET-1, pemencilan RNA dan proses transkripsi berbaliktindakbalas
rantaian polimerase (RT-peR) dijalankan.
Tiada perbezaan yang signifikan dalam aras ET-1 dalam amnion di antara dua
kumpulan tersebut. Namun, aras ET-1 dalam korion dan koteledon plasenta adalah
lebih tinggi secara signifikan dalam tisu yang diambil daripada wanita yang menghidap
pre-eklampsia berbanding dengan wanita hamil normal (p<O.05). Apabila dikategorikan pula kepada wanita yang menghidap pre-eklampsia awal (<34 minggu)
dan yang menghidap pre-eklampsia lewat (<34 minggu), didapati aras ET-l dalam
plasenta daripada wanita yang menghidap pre-eklampsia awal (<34 minggu) adalah
lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan tisu daripada mereka yang menghidap
pre-eklampsia lewat (<34 minggu) (p<O.05). Terdapat korelasi yang signifikan dalam
aras ET-1 di antara korion dan koteledon plasenta wanita yang menghidap preeklampsia
(p<O.05), tetapi tiada korelasi yang signifikan di antara amnion dan korion
serta di antara amnion dan koteledon plasenta dalam kedua-dua kumpulan tersebut. Gen
ET-1 hanya diekspresi di koteledon plasenta, tetapi tidak pada amnion dan korion dalam
kedua-dua kumpulan tersebut. Tiada perbezaan yang signifikan dalam aras NO atau
aktiviti NOS di amnion, korion dan koteledon plasenta daripada wanita hami1 normal
dan wanita yang menghidap pre-eklampsia. Tiada korelasi yang signifikan di antara
aras ET-1 dan NO dalam koteledon plasenta dalam kedua-dua kumpulan tersebut.
Nisbah NO:ET-I adalah lebih rendah sedikit di koteledon plasenta daripada wanita yang
menghidap pre-eklampsia.
Description
Keywords
Medicine