Pengesanan Tingkah Laku Agresif Berasaskan Poligraf Dalam Kalangan Penghuni-Penghuni Beresiliensi Rendah Di Sekolah Tunas Bakti
Loading...
Date
2015-09
Authors
MEI MAY, LIM
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini memfokuskan keagresifan penghuni Sekolah Tunas Bakti yang beresiliensi rendah berasaskan poligraf. Poligraf merupakan suatu alat yang digunakan untuk mengesan dan merekod sebarang unsur ketidakjujuran atau penipuan akibat perubahan sistem badan manusia seperti kadar denyutan jantung dan pernafasan, pemeluhan kalenjar dan tekanan darah (Vrij, 2008). Reka bentuk secara dominannya adalah kualitatif di samping penggunaan kuantitatif secara kurang dominan untuk mengidentifikasi faktor-faktor yang mempengaruhi tahap resiliensi penghuni agresif. Jenis kaedah kuantitatif yang digunakan adalah berbentuk soal selidik Individual Protective Factors Index (IPFI) sebagai screening untuk mengenal pasti responden yang beresiliensi paling rendah yang akan menjalani pemeriksaan poligraf menerusi tiga fasa iaitu prapoligraf, poligraf dan pospoligraf. Kaedah kualitatif pula berbentuk temu bual dan penglibatan kumpulan fokus (focus group). Sampel yang terlibat iaitu secara kuantitatifnya adalah seramai 50 orang penghuni dan 5 orang telah dipilih untuk menjalani pemeriksaan poligraf. Dapatan Fasa Pertama Prapoligraf mendapati kes utama yang terlibat sebelum memasuki sekolah tunas bakti ialah mencuri, merogol dan dadah. Dapatan Fasa Kedua Poligraf, yang diasaskan dalam dua soalan kajian iaitu pertama tentang maklumat tingkah laku agresif dalam kalangan penghuni berkategori resiliensi rendah yang menghuni di sekolah tunas bakti itu disahkan benar. Dapatan dalam tingkah laku mencuri menunjukkan bahawa subjek S3 lulus ujian poligraf dan di mana wujud kejujuran dalam bulan Jun (M1) dan sangat tinggi di mana skor min adalah kurang daripada 1 tetapi kejujurannya kurang konsisten apabila menjalani pemeriksaan dalam bulan September (M2) dan bulan Disember (M3) 2013 di mana skor min semakin naik hingga hampir kepada skala enam (6). Dapatan Fasa Ketiga Pospoligraf yang berlandaskan 4 soalan kajian merumuskan dapatan-dapatan dalam soalan
kajian berikut. Pertama pandangan penghuni terhadap skor yang diperolehinya semasa pemeriksaan poligraf, dapatan menunjukkan yang terdapat pelbagai perasaan positif dan negatif yang diluahkan oleh mereka.
Description
Keywords
Pengesanan Tingkah Laku Agresif Berasaskan Poligraf , Dalam Kalangan Penghuni-Penghuni Beresiliensi Rendah Di Sekolah Tunas Bakti