Keberkesanan Kaedah Pbm Cd-Video Alam Sekitar Terhadap Sikap Sosiosaintifik, Pengetahuan Dan Tingkah Laku Alam Sekitar Guru Pelatih Ipg Di Zon Utara

dc.contributor.authorIsmail, Noraini
dc.date.accessioned2017-03-01T06:51:26Z
dc.date.available2017-03-01T06:51:26Z
dc.date.issued2015-10
dc.description.abstractKajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan kaedah PBM alam sekitar berbantukan CD-Video terhadap sikap sosiosaintifik, serta pengetahuan dan tingkah laku alam sekitar dalam kalangan guru pelatih IPG. Metodologi kajian meliputi kaedah eksperimen kuasi dengan reka bentuk kumpulan kawalan tidak serupa, terdiri daripada dua buah kumpulan eksperimen dan sebuah kumpulan kawalan yang melibatkan sampel seramai 75 orang guru pelatih. Kumpulan eksperimen pertama menerima rawatan PBM berbantukan CD-Video, dan kumpulan eksperimen kedua menerima rawatan PBM tanpa CD-Video. Kumpulan kawalan menerima pengajaran cara konvensional. Analisis dapatan kuantitatif dilakukan dengan menggunakan Ujian Statistik ANCOVA. Penggunaan PBM CD-Video didapati memberi kesan yang signifikan dalam meningkatkan ketiga-tiga pemboleh ubah bersandar. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan CD-Video dalam pembelajaran mempunyai nilai skor min yang paling tinggi, diikuti pembelajaran PBM tanpa CD-Video dan pembelajaran konvensional. Guru Pelatih dari kedua-dua kumpulan eksperimen memberikan maklum balas positif apabila melalui pembelajaran PBM berbantukan CD-Video, namun mereka berasa terikat dengan langkah-langlah yang perlu diikuti apabila melaksanakan PBM. Implikasi kajian mencadangkan guru pelatih diberikan kebebasan sama ada menggunakan bahan CD-Video ataupun tidak dalam pelaksanaan PBM. Seterusnya, tahap kemahiran dan kemudahan akses internet pensyarah dan guru pelatih memainkan peranan dalam meningkatkan keberkesanan penggunaan kaedah PBM dalam pengajaran dan pembelajaran.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3794
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKeberkesanan kaedah PBM alam sekitar berbantukan CD-Videoen_US
dc.subjectdalam kalangan guru pelatih IPG.en_US
dc.titleKeberkesanan Kaedah Pbm Cd-Video Alam Sekitar Terhadap Sikap Sosiosaintifik, Pengetahuan Dan Tingkah Laku Alam Sekitar Guru Pelatih Ipg Di Zon Utaraen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: