Kajian bentuk pendidikan dan pengurusan sistem pondok di Daerah Chana Selatan Thailand (1918-1995)
Loading...
Date
2000-01
Authors
Dinaa, Dulhalim
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini mempunyai objektif yang dapat dirumuskan kepada dua aspek
terpenting yang saling berkait rapat di antara keduanya. Pertama, mengh:aji
kedatangan Islam dan kesannya kepada institusi pendidikan pondok di daerah Chana
wilayah Songkhla Selatan Thailand. Sejauh mana kekuatan bentuk pendidikan dan
kepengurusan pondok-pondok tersebut mampu bertahan sehingga kini dalam
usahanya untuk menghasilkan kesinambungan tradisi kepemimpinan intelektual
Islam.
Pembuktian ini dapat dinyatakan bahawa sejak Chana menerima kehadiran
Islam pad a abad ke-16 M dengan kewuj udan makam Sultan Sulaiman yang
memerintah di Songkhla (Singgora) sekitar tahun 1592 M. Proses lslamisasinya
melalui Jabatan Chula Rat Mentri (Jabatan Syeikh al-lslam) yang diperjuangkan oleh
Syeikh Ahmad Parsi (1620 M) telah dapat mengimarakan secara total masjid sebagai
pusat kegiatan ibadah serta dahvah Tslamiyah. Disamping itu melalui dorongan serta
bantuan Raja kerajaan Patani yang menggunakan istana mereka sebagai pusat
kegiatan pendidikan dan persurman Islam. Dampak ketara dari senario ini dapat
menumbuhkan dan memartabatkan institusi pendidikan pondok dj seluruh Thailand.
Objektif kedua, mengkaji implikasi daripada bentuk pendidikan dan
kepengurusan pondok yang telah berjaya melahirkan generasi anak-anak Islam yang
memiliki kualiti sifat-sifat kecemerlangan dan jatidiri dalam mengharungi kondisi dan
situasi yang kian mencabar ummat Islam di daerah tersebut. Kesan dari kejayaan ini, dapat dilihat dalam kelangsungan pondok di Chana
yang menggunakan pondok-pondok kecil sebagai tempat tinggal bagi anak didiknya,
ยท dengan seorang 'ulama sebagai pemimpin utama dan masjid atau sekolah sebagai
.. markas pendidikannya. Sementara bentuk pendidikannya mempertahankan kerangka
besar daripada tradisi keilmuan Islam tradisional dengan menggunakan bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran yang berupa "Kitab Kuning" (Kitab Jawi) dari karyakarya
besar 'ulama pada masa silam manakala bentuk kepengurusannya melalui
. jaringan kekeluargaan atau warisan dan anak didiknya dalarn melahirkan generasi
pelapis selanjutnya.
Untuk rnelihat cabaran masa hadapan pondok di Chana, terdapat sebahagian
pemimpin pondoknya yang berusaha mengubahkan tradisi dengan menerima ta\:varan
dari pihak pemerintah dan menyesuaikan diri dengan keadaan zaman dengan
menggunakan bentuk pendidikan yang lebih moden dan bentuk kepengurusannya
diuruskan bersama dengan masyarakat tempatan. Perkembangan ini merupakan suatu
cabaran yang dihadapi oleh pemimpin pondok angkatan baru yang sanggup bersedia
melakukan reformasi melalui pengubahsuaian diri dengan pihak pemerintah dan
masyarakat tempatan. Di samping wujudnya pelbagai cabaran dalaman di kalangan mereka ketika
berhadapan dengan tuntutan perubahan dan pembaharuan dari segi konsep, falsafah
dan aplikasi tetapi iltizam dan kesungguhan mereka yang terlibat tetap kuat dan
membara.
Description
Keywords
Institusi pendidikan pondok