Kesan inkontinens urin terhadap Kualiti hidup warga emas di pondok Agama lubok tapah, Pasir Mas, Kelantan

Loading...
Thumbnail Image
Date
2006
Authors
Mamat, Wan Hasliza Wan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
Abstract
Latar belakang kajian:- lnkontinens urin {IU) merupakan masalah kesihatan yang lazim dialami oleh warga emas dalam masyarakat moden pada masa kini. Prevalen IU dalam kalangan warga emas adalah berbeza bagi komuniti yang berlainan. Terdapat pelbagai kesan negatif terhadap kualiti hid up yang disebabkan oleh kejadian IU. Objektif kajian ini untuk mengkaji kesan keterukan IU terhadap kualiti hidup warga emas di Pondok Agama Lubok Tapah, Pasir Mas, Kelantan. Metodologi:- Kajian dilakukan secara keratan lintang melalui kaedah persampelan kesenangan. Seramai 120 orang responden ditemuramah secara bersemuka berdasarkan borang soal selidik daripada King's Health Questionnaire (KHQ). Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12.0. Keputusan:- Secara keseluruhannya, prevalen IU dalam kalangan warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas ialah 43°/o. Min umur responden ialah 72.9 tahun (80=7.24). Semua responden yang mengalami IU terdiri daripada warga emas wanita yang telah berkahwin. Majoriti responden 46.2%, melaporkan telah mengalami IU antara 1-5 tahun, 30.8% mengalaminya antara 1-12 bulan, 17.3o/o mengalaminya melebihi 5 tahun dan 5. 7o/o tidak pasti. Keputusan juga menunjukkan 67o/o respond en mengalami IU pada tahap ringan, 29% pada tahap sederhana dan 4% pada tahap teruk. Analisis menunjukkan tiada perkaitan yang signifikan antara faktor umur dengan kejadian IU. Bagi domain kualiti hidup, didapati terdapat perkaitan yang signifikan antara tahap keterukan 1 U terhadap domain fungsi dan domain tidur/tenaga sahaja. Kebanyakan respond en mempercayai bahawa IU adalah sebahagian daripada proses penuaan dan mereka boleh menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Kesimpulan:- IU didapati dialami hampir sebahagian besar daripada warga emas yang terlibat dalam kajian ini. Kebanyakan mereka mengalami IU pada tahap ringan. Keterukan IU yang dialami tidak mempengaruhi kualiti hidup mereka kecuali bagi domain fungsi dan domain tidur/tenaga.
Description
Keywords
lnkontinens urin {IU)
Citation