Age Related Changes In Plasma Malondialdehyde (Mda), Urinary 8 - Isoprostane And Renal Function In Spontaneously Hypertensive Rats (Shr)
Loading...
Date
2004-04
Authors
YEW CHEAN, CHENG
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Hipertensi tidak terkawal yang berlanjutan diketahui boleh menyebabkan kerosakan
ginjal. Mekanisme yang tepat bagaimana peningkatan tekanan darah sistemik yang
menyebabkan kerosakan ginjal masih lagi tidak jelas. Dibandingkan dengan individu
yang normotensif, pesakit hipertensi dan pesakit kegagalan fungsi ginjal telah
dibuktikan mempunyai aras yang lebih tinggi bagi parameter Malondialdehid (MDA)
dalam plasma dan aktiviti 8 - isoprostan dalam urin. Signifikasi peningkatan aras MDA
dan 8 - isoprostan pada pesakit hipertensif masih tidak dapat dijelaskan walauplln
radikal bebas dikaitkan deogao kecederaan seI. Kajian ini cuba untuk menentukan
peringkat umur tikus dimananya berlaku perubahan aras plasma MDA, 8 - isoprostan
urin dan kerosakan ginjal berlaku pada tikus hipertensif spontan (SHR).
Enam puluh eoam tikus jantan SHR, bemmur 8 minggu, dibahagikan kepada
sebelas kumpulan. Jumlah yang sarna bagi tikus jantan Wistar Kyoto (WKY) juga
dibahagikan kepada sebelas kumpulan sebagai kumpulan kawalan. Setiap kumpulan
terdiri daripada 6 tikus SHR dan 6 WKY yang diasingkan dalam sangkar. Semua tikus
didedahkan kepada kitar cahaya - gelap, makanan dan mimiman yang sarna. Setiap 4
minggu, tekanan darah 6 ekor tikus SHR dan 6 ekor WKY diukur dengan kaedah "tail -
cuff". Selepas itu, tikus SHR dan WKY diasingkan ke dalam sangkar metabolik seJam<i
3 hari untuk menyukat pengambilan makanan dan minuman, dan kutipan 24 jam urin
untuk penentuan min 8 - isoprostan dan urin elektrolit. Selepas ioi, tikus - tikus
direhatkan selama 24 jam sebelum prosedur membius dijalankan untuk penentuan
kadar penurasan glomerulus (GFR) dengan menggunakan piawai 3H - inulin protokol
penurasan bagi tikus yang dibius. Setelah selesai penentuan GFR, darah diambil untuk
penentuan plasma elektrolit, urea, kreatinin, dan aras MDA. Ginjal tikus dikeluarkan
dan diawet di dalam 10% formalin untuk kajian histologi.
Description
Keywords
Age Related Changes In Plasma Malondialdehyde (Mda), Urinary 8 - Isoprostane , And Renal Function In Spontaneously Hypertensive Rats (Shr)