Age Related Changes In Plasma Malondialdehyde (Mda), Urinary 8 - Isoprostane And Renal Function In Spontaneously Hypertensive Rats (Shr)

dc.contributor.authorYEW CHEAN, CHENG
dc.date.accessioned2016-07-25T01:28:57Z
dc.date.available2016-07-25T01:28:57Z
dc.date.issued2004-04
dc.description.abstractHipertensi tidak terkawal yang berlanjutan diketahui boleh menyebabkan kerosakan ginjal. Mekanisme yang tepat bagaimana peningkatan tekanan darah sistemik yang menyebabkan kerosakan ginjal masih lagi tidak jelas. Dibandingkan dengan individu yang normotensif, pesakit hipertensi dan pesakit kegagalan fungsi ginjal telah dibuktikan mempunyai aras yang lebih tinggi bagi parameter Malondialdehid (MDA) dalam plasma dan aktiviti 8 - isoprostan dalam urin. Signifikasi peningkatan aras MDA dan 8 - isoprostan pada pesakit hipertensif masih tidak dapat dijelaskan walauplln radikal bebas dikaitkan deogao kecederaan seI. Kajian ini cuba untuk menentukan peringkat umur tikus dimananya berlaku perubahan aras plasma MDA, 8 - isoprostan urin dan kerosakan ginjal berlaku pada tikus hipertensif spontan (SHR). Enam puluh eoam tikus jantan SHR, bemmur 8 minggu, dibahagikan kepada sebelas kumpulan. Jumlah yang sarna bagi tikus jantan Wistar Kyoto (WKY) juga dibahagikan kepada sebelas kumpulan sebagai kumpulan kawalan. Setiap kumpulan terdiri daripada 6 tikus SHR dan 6 WKY yang diasingkan dalam sangkar. Semua tikus didedahkan kepada kitar cahaya - gelap, makanan dan mimiman yang sarna. Setiap 4 minggu, tekanan darah 6 ekor tikus SHR dan 6 ekor WKY diukur dengan kaedah "tail - cuff". Selepas itu, tikus SHR dan WKY diasingkan ke dalam sangkar metabolik seJam<i 3 hari untuk menyukat pengambilan makanan dan minuman, dan kutipan 24 jam urin untuk penentuan min 8 - isoprostan dan urin elektrolit. Selepas ioi, tikus - tikus direhatkan selama 24 jam sebelum prosedur membius dijalankan untuk penentuan kadar penurasan glomerulus (GFR) dengan menggunakan piawai 3H - inulin protokol penurasan bagi tikus yang dibius. Setelah selesai penentuan GFR, darah diambil untuk penentuan plasma elektrolit, urea, kreatinin, dan aras MDA. Ginjal tikus dikeluarkan dan diawet di dalam 10% formalin untuk kajian histologi.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2299
dc.subjectAge Related Changes In Plasma Malondialdehyde (Mda), Urinary 8 - Isoprostaneen_US
dc.subjectAnd Renal Function In Spontaneously Hypertensive Rats (Shr)en_US
dc.titleAge Related Changes In Plasma Malondialdehyde (Mda), Urinary 8 - Isoprostane And Renal Function In Spontaneously Hypertensive Rats (Shr)en_US
dc.typeThesisen_US
Files
Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
CHENG YEW CHEAN.pdf
Size:
4.13 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: