Alim ulama di negeri Kedah : peranan dua orang tokoh dalam perkembangan persuratan jawi

Loading...
Thumbnail Image
Date
1990-06
Authors
Mohd. Isa, Mustafa
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Sejak masuknya agama Islam ke Nusantara khususnya ke Semenanjung Malaysia, alim ulama telah memainkan peranan penting· dalam menyampaikan dakwah Islamiah di kalangan masyarakat. Alim ulama menjalankan kegiatan mereka itu dengan berbagai-bagai•cara, di antaranya melalui persuratan Jawi dan pendidikan pondok · dan madrasah. Dari tradisi persuratan Jawi lahirlah kitab-kitab Jawi, dikarang oleh ulama pengarang Melayu sendiri, yang membicarakan berbagai-bagai aspek agama Islam termasuk ilmu fikah, tauhid, tasawuf dan sebagainya. Dari bidang pendidikan pondok dan madrasah lahir ramai alim ulama yang meneruskan usaha menyampaikan dakwah Islamiah di kalangan masyarakat. Tesis ini adilah hasil daripada satu penyelidikan mengenai peranan dan sumbangan dua orang tokoh ulama negeri Kedah iaitu Tuan Hussain Kedah dan Pak Wan Sulaiman Kedah. Ulama-ulama ini telah mengarang lebih daripada 40 kitab dan risalah; Mereka juga terkenal sebagai pendidik di mana Tuan Hussain dikenali sebagai Tokoh Tok Guru Pondok dan Pak Wan Sulaiman terkenal sebagai Tokoh Madrasah. Skop kajian meliputi aspek-aspek intrinsik kitab-kitab Jawi karangan ulama-ulama ini dan peranan mereka dalam memaju dan memper- • kembangkan persuratan Jawi khususnya kitab Jawi dalam institusi pondok dan madrasah. Kajian mengenai kitab Jawi ini menggunakan pendekatan ekstrinsik dan intrinsik. Dari aspek ekstrinsik, data yang terkumpul dianalisis untuk mengetahui latar belakang politik, ekonomi dan sosial masyarakat negeri kedah dari tahun 1850an hingga 1935M, dan riwayat hidup tokoh-tokoh ini yang hidup pada. zaman tersebut. Dari aspek intrinsik pula dianalisis kandungan kitab-kitab Jawi karangan ulama-ulama ini dari segi tema dan teknik penyampaian. Analisis ini menggunakan pendekatan seperti yang dilakukan oleh sarjana-sarjana sastera dalam membicarakan karya dari genre kitab Jawi. Peranan Tuan Hussain dan Pak Wan Sulaiman dalam. bidang pendidikan pondok dan madrasah telah dilihat secara historikal dan kontekstual. Daripada data yang terkumpul mengenai sistem~pendi4ikan pondok dan madrasah itu dapat dianggarkan keberkesanan persuratan Jawi sebagai media dalam pengajaran dan pembelajaran di institusi-institusi tersebut. Secara tidak langsung mereka juga memainkan peranan dalam rnemperkembangkan bahasa dan persuratan Melayu di kalangan masyarakat. Kajian ini, antara lain mendapati bahawa dua orang tokoh ulama ini, Tuan Hussain dan Pak Wan Sulaiman, bukan sahaja merupakan pengarang-pengarang kitab jawi yang terkenal di Kedah, tetapi boleh juga dibariskan dengan ulama-pengarang seperti .Hamzah Fansuri, Syekh Shamsuddin al-Sumatrani, Syekh Nuruddin al- Raniri, Syed Abdul Rauf Singkel (Aceh), Syed Abdul Samad al-Falembani (Palembang), Syekh Muhammad Arshad al-Banjari (Banjar), Syekb Daud al-Fatani (Patani), Syekh Abdul Halik Tok Pulau Manis (Terengganu), Tuan Tabal (Kelantan), dan lain-lain. Dua orang ulama pengarang Kedah ini bukan sahaja telah menghasilkan penulisan yang banyak, serta telah membicarakan mengenai ilmu-ilmu fikah, tauhid, tasawuf dan lain-lain dengan cara yang menarik, bahkan mereka telah menjadikan kitab Jawi sebagai teks di pondok-pondok dan madrasah-madrasah dan menjadi bahan bacaan awam. Kitab Jawi itu menjadi pengganti utama bagi kebanyakan kitab yang ditulis dalam bahasa Arab. Dapatan kajian ini juga menunjukan bahawa usaha-usaha yang dilakukan oleh Tuan Hussain dan Pak Wan Sulaiman dalam bidang. p~ndidikan pondok dan madrasah itu merupakan sumbangan besar kepada masyarakat; Daripada pondok dan madrasah i tu telah lahir ramai ulama yang menerus dan menyibarluaskan usaha dakwah Islamiah. Sesungguhnya dua orang tokoh ulama ini adalah kesinambungan bagi fenomena ilmu dan persuratan yang wujud di Aceh, Palembang, Banjar, Patani, Terengganu dan Kelantan itu.
Description
Keywords
Alim ulama di negeri Kedah
Citation