Impak Pelancongan Kepada Sosio-Ekonomi Penduduk Kajian Kes : Kampung Raga, Yan. Kedah.
Loading...
Date
2007-04
Authors
Sena, Mohd Saipul Azmi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Pelancongan Kampung yang berasaskan sumber alam semulajadi menjadi
konsep pelancongan alternatif baru. Pada hari ini, pelbagai strategi dijanakan
oleh kerajaan untuk mempromosikan pelancongan kampung sebagai suatu daya
tarikan pelancongan baru dalam mempelbagaikan kekayaan produk sedia ada
dalam negara. Memandangkan tren permintaan pelancong kebelakangan ini
adalah ke arah pelancongan semulajadi, usaha kerajaan dalam membangunkan
kampung-kampung terpilih yang berpotensi dalam pelancongan di segenap
negeri di Malaysia merupakan suatu perkembangan positif dan seharusnya
dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat. Selain dapat mempromosikan
perkampungan di Malaysia yang mempunyai tarikan semulajadi tersendiri,
kekayaan budaya, kesenian dan cara hidup kampung, masyarakat juga secara
tidak langsung akan merasai limpahan faedah dan menerima kesan tertentu
daripada strategi pelancongan ini. Penyelidikan ini merupakan suatu kajian untuk
mengenalpasti impak-impak pelancongan kampung dari aspek fizikal, ekonomi,
dan aspek sosiobudaya di Kampung Raga, Yan, Kedah sebagai kajian kes.
Description
Keywords
Pelancongan Kampung sebagai suatu , daya tarikan pelancongan baru.