Pemuliharaan Ekopelancongan : Satu Kajian Kes Penglibatan Komuniti Di Lembah Bujang, Kedah

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-03
Authors
ENGKU FAUZI, TENGKU ATIKAH
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Ekopelancongan merupakan satu produk pelancongan yang berteraskan kekayaan alam semula jadi yang semakin berkembang pesat di dunia. Destinasi ekopelancongan Hutan Simpan Paya Bakau Merbok yang terletak di Lembah Bujang, Kedah mempunyai banyak keistimewaan dan memberi pelbagai manfaat kepada masyarakat di sekitarnya. Aspek pemuliharaan dalam ekopelancongan bakau perlu ditekankan untuk memastikan keaslian hutan paya bakau sentiasa dijaga di samping mengekalkan kemandirian spesies di dalamnya. Kajian ini melihat potensipotensi produk ekopelancongan Hutan Simpan Paya Bakau Merbok yang memberi pelbagai manfaat kepada pengunjung, komuniti setempat mahupun ekologi alam semula jadi. Bagi mencapai matlamat pemuliharaan dan ekopelancongan, peranan dan penglibatan komuniti tempatan di Kampung Sungai Batu Besi, Lembah Bujang dalam aktiviti pemuliharaan kawasan ekopelancongan ini dikaji. Kajian ini juga melihat bagaimana aktiviti-aktiviti pemuliharaan ekopelancongan bakau yang diuruskan oleh satu NGO tempatan (Kelab Puncak Pendidikan dan Kebajikan) dapat membantu keluarga miskin di kampung berkenaan dalam mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan tahap sosio ekonomi komuniti tempatan. Data kajian yang digunakan adalah berbentuk kualitatif dan analisis data dibuat selepas menemubual secara mendalam 20 orang penduduk Kampung Sungai Batu Besi, Lembah Bujang. Penyelidik menggunakan kaedah “Analisis Kandungan” bagi menganalisis maklumat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati produk ekopelancongan Hutan Simpan Paya Bakau Merbok sebagai destinasi pilihan pelancong banyak memberi faedah positif kepada komuniti setempat, pelancong dan ekologi alam semula jadi di kawasan berkenaan. Bagi penglibatan aktif penduduk setempat dalam kegiatan pemuliharaan ekopelancongan, mereka telah dapat meningkatkan sumber pendapatan dan menjana ekonomi keluarga masing-masing. Akhir sekali, aktiviti pemuliharaan bakau yang dijalankan oleh sekelompok keluarga miskin di kampung berkenaan telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan keluarga masing-masing.
Description
Keywords
Pemuliharaan Ekopelancongan , Satu Kajian Kes Penglibatan Komuniti Di Lembah Bujang, Kedah
Citation