Kaedah Pembiayaan Pembangunan Tanah Wakaf Oleh Majlis Agama Islam Negeri Terpilih Di Malaysia

dc.contributor.authorAbdullah, Sakinatul Raadiyah
dc.date.accessioned2019-03-04T01:21:06Z
dc.date.available2019-03-04T01:21:06Z
dc.date.issued2018-03
dc.description.abstractKajian ini berkaitan kaedah pembiayaan pembangunan tanah wakaf oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) terpilih di Malaysia. Secara khusus, kajian ini mempunyai tiga objektif. Pertama, mengenal pasti kaedah pembiayaan pembangunan tanah wakaf di Malaysia. Kedua, menganalisis aplikasi kaedah pembiayaan pembangunan tanah wakaf yang dilaksanakan oleh MAIN terpilih di Malaysia. Ketiga, merumus aplikasi kaedah pembiayaan pembangunan tanah wakaf yang dilaksanakan oleh MAIN terpilih di Malaysia. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif tersebut, kajian kualitatif berbentuk penjelasan telah dijalankan dalam dua fasa. Fasa pertama tertumpu pada pengumpulan data sekunder yang dianalisis menerusi kaedah analisis kandungan kualitatif bagi menjawab objektif pertama. Fasa kedua pula tertumpu pada pengumpulan data primer menerusi instrumen sesi temu bual mendalam melibatkan 10 orang informan bagi menjawab objektif kedua dan ketiga. Maklumat temu bual dianalisis secara analisis kandungan kualitatif dengan bantuan perisian ATLAS.ti versi 8.0. Hasil penelitian mendapati terdapat dua jenis kategori kaedah pembiayaan pembangunan tanah wakaf yang boleh dilaksanakan iaitu melibatkan kaedah secara tradisional dan juga kaedah kontemporari. Kaedah secara tradisional melibatkan kaedah al-hukri, kaedah al-khuluw, kaedah istibdal dan kaedah al-musaqat. Kaedah secara kontemporari pula melibatkan beberapa kaedah iaitu kaedah secara pajakan, kaedah secara perkongsian bersama, kaedah secara pelaburan korporat dan kaedah secara langsung. Kaedah pembiayaan pembangunan tanah wakaf yang paling dominan dan banyak diaplikasikan oleh MAIN terpilih adalah dengan menggunakan kaedah pembiayaan secara langsung.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/7802
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKaedah pembiayaan pembangunan tanah wakafen_US
dc.subjectmajlis agama islam negeri terpilih di Malaysiaen_US
dc.titleKaedah Pembiayaan Pembangunan Tanah Wakaf Oleh Majlis Agama Islam Negeri Terpilih Di Malaysiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: