Darurat di Tanah Melayu, 1948-1960 / strategi Parti Komunis Malaya (PKM) dan pemerintah

Loading...
Thumbnail Image
Date
2008-04
Authors
Abu Kassim, Rahamat
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini memberi tumpuan kepada peristiwa darurat di Tanah Melayu yang bermula pada tahun 1948 hingga tahun 1960. Penyelidikan ini mengupas tentang strategi PKM ketika berdepan dengan pemerintah yang juga mengaplikasikan pelbagai strategi untuk mengalahkan PKM di Tanah Melayu. Walaupun tidak mudah menghadapi segala kekuatan British yang mengepung dari laut, udara dan darat namun gerila PKM masih mampu memberi tentangan melalui taktik 'perang gerila'. Walaupun ia tidak menjadi peperangan besar dan menyeluruh di Tanah Melayu tetapi ia cukup untuk 'menghuruharakan' pentadbiran British dan mencemaskan pemerintah sehingga menyebabkan setiap pemimpin semakin sibuk dengan strategi yang menggunakan pelbagai nama 'operasi' yang berubah mengikut masa dan tempat. Darurat membuktikan bagaimana PKM yang begitu hebat bertempur dengan British di Tanah Melayu akhirnya kecundang akibat berlakunya pengkhianatan para anggotanya sendiri. Tambahan puia, British mengaplikasikan teknologi ketemeraan melalui penggunaan pesawat udara dan helikopter yang menyebabkan kekuatan PKM semakin lemah. Apatah lagi strategi Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak yang menjadikan komunis 'musuh nombor satu negara' menyebabkan kedudukan PKM seperti 'cacing kepanasan'. PKM akhirnya terpaksa mengambil strategi 'berundur' ke Thailand bermula tahun 1954 iaitu tiga tahun sebelum Tanah Melayu beroleh kemerdekaan pada tahun 1957.
Description
Keywords
PKM di Tanah Melayu
Citation