Sejarah Tun Seri Lanang Dalam Kerajaan Aceh Dan Peranannya Menguatkuasa Adat Aceh

dc.date.accessioned2018-01-24T01:50:18Z
dc.date.available2018-01-24T01:50:18Z
dc.date.issued2017-08
dc.description.abstractKajian ini bertujuan menentukan secara muktamad sejarah hidup Tun Seri Lanang setelah dibawa ke Aceh pada 1613. Kebanyakan tulisan sedia ada lebih menumpu kepada perihal Tun Seri Lanang sebagai pengarang Sulalat-us-Salatin dan belum ada yang berjaya menghasilkan sejarah hidupnya secara ilmiah dan definitif. Berasaskan sumber-sumber sahih tempatan seperti sarakata, hikayat, kitab Ma Bain-as-Salatin dan sumber asing terutamanya sumber Belanda (VOC) serta tradisi lisan dan kajian lapangan, kajian ini menyimpulkan bahawa Tun Seri Lanang telah menetap di Aceh sebagai Orang Kaya yang amat dihormati dan berperanan penting dalam pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan Aceh, meninggal dunia di Aceh dan disemadikan di Samalanga pada 1658. Daripada seorang Bendahara Melayu-Johor Tun Seri Lanang telah menjadi Orang Kaya Melayu-Aceh yang selain menyumbang mengutuhkan kesultanan Aceh turut berperanan dalam perkembangan bahasa dan peradaban Melayu-Islam di Nusantara. Kajian ini juga merumuskan bahawa disebabkan beliau dikenali dengan pelbagai panggilan yang berbeza daripada nama asalnya maka maklumat tentangnya menjadi kabur dan sejarah hidupnya selepas 1613 sukar dilakar. Tun Seri Lanang sebenarnya berkedudukan tinggi di Aceh sebagai penguasa sebuah negeri bernama Samalanga dan salah seorang pendamping kanan Sultan. Selain daripada panggilan am sebagai Orang Kaya Seri Paduka Tuan Seberang beliau juga pernah diberi kedudukan dan gelaran Orang Kaya Laksamana Maharaja Lela. Dengan latar keilmuan yang tinggi dan pengalaman pentadbiran yang luas, sebagai Panglima Bandar pertama Kerajaan Aceh Darussalam beliau terlibat secara langsung merangka dan menguatkuasakan Adat Aceh. Kajian ini juga menemukan salasilah warisan Tun Seri Lanang di Aceh, serta tinggalan lain seperti kuburan dan rumah yang menjadi bukti pemastautinannya di Aceh. Kajian ini merungkai, merangkai dan menjawab secara definitif perihal sejarah Tun Seri Lanang sejak dibawa ke Aceh pada 1613 M.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5454
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectSejarah hidup Tun Seri Lanangen_US
dc.subjectsetelah dibawa ke Aceh pada 1613.en_US
dc.titleSejarah Tun Seri Lanang Dalam Kerajaan Aceh Dan Peranannya Menguatkuasa Adat Acehen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: