Keberkesanan pendekatan pengajaran konstruktivis dalam membina semula konsepsi pelajar terhadap konsep-konsep fotosintesis dan makanan
Loading...
Date
2002-11
Authors
Nor Aini Aziz.
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Penyelidikan ini adalah untuk mengkaji keberkesanan pendekatan pengajaran
konstruktivis dalam menangani konsepsi alternatif pelajar. Sehubungan dengan itu,
konsepsi pelajar terhadap konsep fotosintesis dan makanan sebelurn olahan
eksperimen berdasarkan pendekatan pengajaran konstruktivis telah diselidiki. Pola
perubahan konsepsi selepas olahan eksperimen juga dikaji. Penyelidikan ini
menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Subjek kajian ialah seramai 96
pelajar aliran sains tulen tingkatan empat dari dua buah Maktab Rendah Sains MARA
(MRSM). Keberkesanan pendekatan pengajaran konstruktivis dianalisiskan secara
kuantitatif dengan menggunakan ujian konsep fotosintesis dan makanan, soal selidik
sikap terhadap biologi dan timbunan purata nilaian gred (TPNG). Konsepsi awal dan
pola perubahan konsepsi pelajar dikesan melalui soal selidik konsep, temu bual dan
pemetaan konsep.
Bahan olahan eksperimen terdiri daripada modul Pendekatan Pengajaran
Konstruktivis (PPK) yang dibangunkan oleh penyelidik sendiri sebagai garis panduan
kepada guru untuk menjalankan pengajaran konstruktivis dengan berkesan. Modul
PPK mengandungi latar belakang dan falsafah pendekatan pengajaran konstruktivis
serta urutan pendekatan pengajaran konstruktivis.
Description
Keywords
Constructivism Education , Keberkesanan pendekatan pengajaran konstruktivis